Gambar hiasan semata-mata |
Rasulullah S.A.W. bersabda “Di antara seorang hamba dan Syurga terdapat
tujuh hambatan (hentian). Hambatan yang paling ringan ialah mati. Dan
hambatan yang paling sulit ialah wukuf (berdiri) dihadapan ALLAH SWT (untuk dihisab) iaitu apabila orang-orang yang dianiaya menuntut terhadap orang-orang yang menganiaya (Riwayat Bukhari).
Mati itu menyakitkan tetapi ia adalah halangan yang paling ringan atau
mudah. Sakitnya sakaratul maut itu lebih sakit dari ditetak dengan 1000
pedang. Pertahankan iman kita dalam keadaan sakit itu dengan mengingati ALLAH dengan bersungguh-sungguh dan minta pertolongannya.
Halangan yang paling sukar ialah berdiri untuk dihisab kerana keadaan
ketika itu teramat panas. Rasulullah SAW memberikan gambaran suasana
kedahsyatan pada hari tersebut “Pada hari Kiamat didekatkan matahari
kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu. Pada ketika itu, manusia
berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang
dilakukan. Ada yang (peluhnya) sekadar sampai di buku lali, lutut,
pinggang dan mulut (sambil Baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya). (Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Namun ada juga golongan VIP yang dilindungi daripada kepanasan ini.
Ketika itu juga manusia sangat sibuk dengan masalah masing-masing.
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan
yang dahsyat (Abasa:33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
(Abasa:34) Dan ibunya serta bapanya, (Abasa:35) Dan isterinya serta
anak-anaknya; (Abasa:36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari
itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal
dirinya sahaja (Abasa:37)
Golongan yang paling sukar pada masa hisab dijalankan ini adalah mereka
yang menganiayai atau menzalimi orang lain atau apa-apa makhluk lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan