Kadang-kadang mama jadi buntu hendak masak menu apa untuk anak-anak.
Kanak-kanak gemar makanan yang ringkas, sedap dan manis. Apa kata kali
ini mama cuba buat sendiri waffle untuk anak-anak. Pasti mereka
menggemarinya.
Waffle
Masa: 20 minit
Hidangan: 4
Bahan-bahan
* 1/2 cawan tepung gandum
* 75 ml susu segar
* 2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh minyak masak
* 1 sudu teh gula halus
* secubit garam
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
2. Dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak
bersama baking powder terlebih dahulu , susu, garam, minyak masak.
Masukkan adunan ini ke dalam telur putih tadi. Gaul rata.
3. Panaskan snack maker, sapukan sedikit marjerin ke atas
dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira dua minit. Sedap di
makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu berserta buah strawberi.
4. Boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.
majalahpama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan