Benarlah firman Allah, "Sesungguhnya setiap kesukaran disertai
kemudahan" Surah Ash Sahrh (Alam Nasroh).... Islam mengajar kita
cara-cara untuk menghadapi tekanan dan dugaan agar kita sentiasa bertenang dan tabah dalam menghadapinya.
1. Keimanan
Kembali kepada Allah SWT melaui ibadah-ibadah fardu dan sunat. Pasakkan
dalam diri akan keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang akan memberi jalan
keluar kepada hambanya yang meminta dan mengharap. Lakukan amalan
secara konsisten supaya ianya bukan sekadar di buat tatkala menghadapi
masalah tapi kerana Allah SWT dan tanggungjawab kita kepadaNya.
2. Tadabbur
Benar, kita tidak dapat melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh
Allah SWT tetapi kita mempunyai butik-bukti jelas akan kewujudan dan
kebesaranNya. Lihatlah alam yang terbentang luas dan makhluk-makluk yang
menghuninya. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah SWT apabila makhluk
di dalam batu pun mampu hidup, inikan pula kita manusia yang terpilih
menjadi khalifah, paling mulia dikalangan makhluk ciptaanNya menadah
tangan memohon bantuan dariNya.
3. Zikir
Allah SWT berfirman, " (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang
tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati
akan menjadi tenang." surah al-Ra'd 13:28.
4. Berimaginasi
Bukan dengan angan-angan kosong tapi, bayangkanlah keadaan syurga yang
cukup indah. Ada sungai arak dan susu yang mengalir, mendapat layanan
yang terbaik disamping bidadari yang cantik. Tiada rasa sedih dan buruk
sangka. Semuanya adalah keceriaan, ketenangan dan kedamaian.
Fikirkanlah...layakkah kita menghuninya? Bagaimana untuk kita menjadi
ahli syurga? Ya...dengan memikirkan dan mengimaginasi Syurga, kita boleh
motivasi diri agar lebih kuat dan bersemangat dalam menghadapi segala
tekanan, cabaran dan dugaan hidup ini.
5. Doa
Inilah bezanya antara Mukmin dengan yang lain. Senjata terbesar kita.
Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah SWT. Firman Allah SWT
yang bermaksud, "Dan tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada Ku,
nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang
yang sombong dan takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku akan
masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." Surah al-Mukmin 40:60.
Berdoalah...setelah berusaha dan tawakkallah...
Semoga anda beroleh ketenangan dan kekuatan untuk menempuh segala tekanan,
cabaran dan dugaan dalam menempuh kehidupan ini... Hikmah di sebaliknya
itu adalah nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai....
Terima kasih kerana Relaks Minda anda seketika di sini ;)
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan