Khamis, 23 Mei 2013

Pelik! Mengapa Semua Bangku Di Sini Berpaku

Selalu berkunjung ke taman rekreasi? Taman rekreasi merupakan sebuah tempat yang perlu dikunjungi bersama keluarga. Selain ia mempunyai pemandangan yang cantik, di tempat tersebut juga mempunyai trek jogging yang amat selesa. Namun pernahkah anda melihat bangku kerusi di taman tersebut berpaku? Bukan satu dua, tetapi hampir puluhan paku berada di atas berpaku? Mengapa ya?

bangku2 




Pernahkah terlintas di fikiran anda kerusi rehat ditempat awam dikenakan bayaran? Sudah pasti tidak bukan. Tapi inilah yang berlaku. Betullah apa orang kata tak ada benda free pun dalam dunia ni.

Apa sahaja benda yang kita mahu gunakan pasti di kenakan bayaran. Masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Yang mengejutkan kerusi ditempat awam juga dikenakan bayaran.

Pasti mengejutkan anda, ketika berjalan-jalan ditaman ataupun tempat beriadah dan anda pun ingin duduk berehat setelah melayani keindahan alam. Namun ketika hendak duduk anda perlu mengenakan bayaran terlebih dahulu. Tapi inilah realitinya.

Jika anda berkunjung ke taman rekreasi di Berlin, German pasti anda akan terlihat kerusi berbayar ini. Sesiapa yang ingin duduk di kerusi perlulah memasukkan duit syiling dalam mesin duit yang disediakan bersebelahan kaki kerusi itu.

bangku1 

Setelah memasukkan syiling, secara automatik paku yang terpacak kat atas kerusi tu akan hilang dan anda boleh duduk berehat dengan selamatnya.

Yang paling menariknya. Apabila tempoh masa duduk sudah habis, kerusi itu akan beri amaran dengan berbunyi. So pandai-pandai lah korang bangun ya kalau tak nak kena cucuk dengan paku tu.
 http://melayukini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...