Lebuhraya
merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh
dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di
padang pasir telah menjadi lebuh raya terpanjang di dunia..Nak tahu
sebab apa, meh usha kat bawah ni..
Lebuhraya padang
pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan
menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini
ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak
didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi
lebuhraya berkenaan.
Dalam usaha untuk
menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan
telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara
besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki
simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut.
Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan setiap
empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar
berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari
sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat
kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang
jalan raya itu masih dapat terus hidup.
Dalam tempoh lima
tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis
tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun
1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3
kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek
ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya
berkenaan. Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003.
Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh
penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan
seluas lebih 3,000 hektar.
Di lebuhraya padang pasir Tarim turut mempunyai nilai ekonomi yang besar, di mana ia menjelaskan mengapa langkah-langkah yang mahal dan rumit perlu diambil untuk menjaganya. Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak terbesar di China Gas. Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pelancong.

p/s: Tiba-tiba rasa macam nak pergi mengembara pulak..Macam seronok je kan?
http://drysheet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan