Pakar Motivasi terkenal, Prof. Datuk Dr
Haji Mohd Fadzilah Kamsah menyatakan sebagai seorang anak, Afiq Muiz
tidak boleh memaksa ibunya untuk tampil meminta maaf kepadanya.
Ini berikutan kenyataan Afiq yang mahu
ibunya, Hasliza Mohd menarik balik kenyataan yang mengatakan dia adalah
anak derhaka sebelum dirinya tampil meminta maaf kepada ibu kandungnya
itu.
“Afiq Muiz tak boleh memaksa ibunya untuk meminta maaf, dia tiada hak..pujuk, rayu dan doakan ibunya boleh.
“Orang yang hebat, dia akan memaafkan
orang tanpa dipinta dan meminta maaf walaupun tidak berbuat salah,” kata
Dr Fadzilah dalam program hiburan Galaksi, semalam.
Selain itu, Dr Fadzilah menyarankan Afiq
supaya pergi meminta maaf kepada ibunya kerana dikhuatiri hidupnya akan
sengsara dunia dan akhirat jika dia tidak sempat berbuat demikian kelak
“Apa yang boleh saya sarankan kepada
Afiq, dia boleh pergi sembah kaki mak dia, minta ampun dan maaf. Selagi
dia tidak diampunkan oleh maknya, jangan beredar.
“Takut maknya meninggal dunia sebelum
memaafkannya, syurga anak memang di bawah tapak kaki ibu, itu adalah
hadis sahih,” pesannya lagi.
Dr Fadzilah turut menambah, hati ibu
adalah sangat lembut walau sekerasnya mana pun hatinya, kalau anak
bersungguh-sungguh meminta maaf, seseorang ibu itu pasti jua akan
memaafkan keterlanjuran seseorang anak itu.
Itu adalah sedikit sebanyak pesanan yang
boleh diberikan oleh pakar motivasi ini berhubung kemelut keluarga yang
melanda Afiq dan ibunya itu.
Diharapkan Afiq dapat mengambil serba sedikit nasihat ini dan renung-renungkan untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya kelak.
OPEN: SETUJU benar dengan teguran dan nasihat dari Dr.ini...........Ingatlah sgurga anda ada pada ibu..... ibu hanya ada seorang sahaja
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan