Dalam kehidupan seharian, kita tidak
boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di bumi
ini untuk saling sayang menyayangi dan saling melengkapi. Berikut adalah
ciri dia manja terhadap anda!
1. Melalui bertentang mata
Jika suami anda merenung tepat ke arah
mata anda, ini menunjukkan suami minat terhadap anda. Jadi si isteri
jangan pula mengalihkan pandangan pula, teruslah membuat jelingan mata
yang menawan terhadap suami anda!
2. Jika marah
Jika si isteri sedang marah dan
tiba-tiba si suami memujuk dan memeluk erat mesra isterinya, ini petanda
bahawa si suami sangat menyayangi isterinya. Jadi, banyakkan berbuat
begini ye. Jikalau si isteri sedang marah(api), suami patut
menyejukkannya dengan belaian mesra!
3. Dia tunjuk minat kepada perkara yang anda suka
Misalnya jika dia tahu anda suka tengok
cerita yang romantik, dia akan berikan pendapat cerita-cerita romantik
yang dapat dilihat bersama. Memang romantis suami begini!
4. Suka mengusik dan berjenaka
Suami kerap mengusik anda. Jangan risau kerana ianya ingin menarik perhatian anda untuk disayangi dan dimanjai.
5. Bercakap lembut
Kalau seorang suami ini minat akan anda,
dia akan bercakap dengan lebih lembut dan mesra dengan anda. Yang pasti
ini sikapnya yang sangat romantis. Jika anda si isteri, apalagi masa
inilah untuk bermanja dengannya..
Berbahagialah dan beruntunglah jikalau
isteri mempunyai suami yang begini. Kepada mereka yang mempunyai
ciri-ciri suami di atas, hargailah dan banyakkanlah wujudkan hubungan
mesra suami isteri. Insyallah.
http://chulax12.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan