Banyak memakan buah-buahan dan sayuran hijau dapat menambah khasiat
dalam pemakanan harian kita. Amalan memakan buah-buahan sememangnya
digalakkan pada setiap individu kerana khasiatnya memang telah
terbukti baik untuk tubuh anda.
Namun tahukah anda kebaikan memakan
epal hijau? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat
badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Epal hijau juga boleh membantu mencegah:
- Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Membantu kesihatan membran paru-paru.
- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
- Membantu mengekalkan berat badan.
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
- Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,
kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum
sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan
pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan
pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
http://www.zulkbo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan