Sempena
bulan Ramadhan yang sudah sangat hampir dengan kita, yakni tinggal cuma
44 sahaja lagi maka artikel kali ini untuk kita mengodit diri kita
terutama lidah, pengetahuan yang kita ada serta solat kita. Insya
'Allah...
ODIT LIDAH
Pada hidup ini ada penyakit dan penawarnya. Rugilah mereka yang mencari penyakit, melupakan penawar. Adakalanya manusia mencari penyakit kerana merasakan ianya adalah penawar, dan menjauhi penawar kerana merasakan ianya adalah penyakit. Mereka tertipu oleh bisikan syaitan.
"Dan mengapakah mereka tidak bermohon kepada Allah dengan merendahkan diri, ketika datang siksaan Kami kepada mereka? Bahkan hati mereka telah keras dan syaitan pun mencantikkan amalan-amalan mereka (yang salah itu)." (Al-An'am: 43)
Salah satu saluran yang digunakan oleh syaitan untuk memperdayakan manusia ialah lidah.
"Kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya." (Hadis Thabrani dan Baihaqi dengan sanad baik)
Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. amat kuat berjihad untuk menegakkan Islam. Mereka juga
kuat berjihad untuk mengawal diri sendiri, terutamanya lidah.
Telah berkata Omar Al-Khattab:
"Selalulah kamu berzikir kepada Allah, kerana ia adalah penawar. Jauhilah dari menyebut-nyebut tentang kecacatan manusia, kerana itu adalah penyakit."
Berkata Ibn 'Abbas "Apabila kamu hendak menyebutkan tentang kecacatan orang lain, sebutlah tentang kecacatan dirimu."
Manusia hari ini banyak bercakap tentang sistem odit. Rupa-rupanya mengodit keluar masuk harta benda kadang-kala lebih mudah dari mengaudit keluar masuk lidah sendiri.
Muhammad bin Wasi' pernah menasihati Malik bin Dinar: "Wahai Aba Yahya, menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia dari menjaga dinar dan dirham."
Mampu mengawal lidah melambangkan kekuatan iman. Melambangkan kegagahan diri. "Apabila kamu melihat seseorang mukmin itu pendiam (melainkan pada perkara yang perlu) dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia. Kerana ia akan mengajar mu tentang ilmu-hikmah." (Hadis Ibn Majah)
Muga-muga puasa kita merupakan latihan untuk mencapai kegagahan ini.
ODIT ILMU
Ilmu adalah pintu gerbang kepada kebaikan dan petunjuk. Apatah lagi ilmu agama. Tidak ada kebaikan tanpanya.

" Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Allah mermantapkan ilmu deen (agama)nya dan diilhamkan kepadanya petunjuk." (Muslim)
Malah satu diantara tanda-tanda kemunafikan ialah, sikap acuh tak acuh dengan ilmu agama.
"Dua sifat tidak ada pada orang-orang munafik: elok pekerti dan kemantapan dalam kefahaman agama." (Tarmizi)
Manusia akan mati ketika berhenti pernafasan dan degupan jantungnya. Hati manusia pula akan mati tanpa ilmu.
Telah berkata Fathul Mausuli:
"Hati, jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, matilah hati itu." (Ihya' Ulumuddin)
Kita sering berdoa meminta Allah kurniakan 'hasanah di dunia' kepada kita. 'Hasanah' di dunia ini tidak akan diperolehi tanpa ilmu.
"Wahai Tuhan kami kurniakanlah hasanah bagi kami di dunia dan hasanah bagi kami di akhirat." (Al-Baqarah: 201)
Imam Al-Hasan menafsirkan 'hasanah di dunia' sebagai ilmu dan ibadah dan 'hasanah di akhirat' sebagai syurga.
Banyak isu-isu semasa memerlukan ilmu untuk memahaminya dan meletakkannya pada
perspektifnya yang betul.
- Golongan anti-hadis mengingkari hadis. Bagaimana untuk menangkis kesesatan mereka?
- Golongan yang mengatakan hukum-hakam dan peraturan Islam tidak relevan. Benarkah ini, dan apakah yang dikatakan oleh Quran dan Sunnah tentang ini.
- Islam kolot dan tidak saintifik. Benarkah ini?
- Islam menghina wanita. Bagaimana untuk menangkis dakwaan ini?
- Mohammad di dalam Kitab-kitab dahulu. Mengetahui tentangnya merupakan satu aset kepada dakwah non-Muslim.
Dan banyak lagi.
Jangan tangguh-tangguh dalam aspek pencarian ilmu. Islam memusuhi kejahilan. Jangan biarkan diri kita di penjuru musuh!
Berkata Abdullah Ibn Masud:
"Hendaklah kamu mencari ilmu sebelum ilmu diangkat.Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang dilahirkan berilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar."
Baik sekali jika ini dapat dihayati di musim Ramadan yang akan datang ini.
ODIT SOLAT
Iman memerlukan pembuktian. Solat fardhu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.
"Seorang lelaki telah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan bertanya: 'Ya Rasulallah, apakah
amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi s.a.w:
'Sembahyang tepat pada waktunya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama." (Baihaqi)
Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardhu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.
"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus dari pemeliharaan Allah." (Ibn Majah & Baihaqi)
Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.
"Barangsiapa memelihara solat (yang fardhu), maka baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)
Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadha'an) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.
"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan." (Maryam: 59)
Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata: "Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali, tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya." (Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)
Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata: "Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar, tidak bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah
seterusnya. Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan dimasukkan ke dalam sebuah lembah khas di neraka."
Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.
"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang." (Hadis Muslim)

Dan juga; "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia." (Hadis Ahmad)
Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari
agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama. (Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)
Muga-muga puasa yang sudah tidak berapa lama lagi kali ini menimbulkan kesedaran ke arah peningkatan amal yang lebih baik.
ODIT DOSA-DOSA
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman.
"Tidak berzina seorang penzina jika dia beriman. Tidak mencuri seorang pencuri jika dia beriman. Namun pintu taubat terbuka luas." (Tarmizi)
Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.
"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah." (Hadis - Abu Ya'la)
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.
Aisyah telah berkata: "Sesungguhnya kamu melupakan ibadah yang paling utama, yaitu wara' (yakni: menjauhi yang haram)."
Abdullah ibn Omar pula memperingatkan: "Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan berpuasa sehingga kamu menjadi seperti anak panah kerana
kekurusan, tidaklah itu diterima daripada kamu, melainkan dengan wara' (menjauhi haram) yang mendinding."
Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."
Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya.
Imam Ahmad ibn Hanbal berkata: "Sesungguhnya larangan itu adalah lebih berat daripada perintah suruhan."
Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat. Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.
Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan
kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah.
Abdullah ibn Omar berkata: "Sesungguhnya memulangkan kembali perkara kecil (sedikit) yang haram adalah lebih baik daripada membelanjakan seratus ribu dinar pada jalan Allah."
Imam Abdullah bin Mubarak pula telah berkata: "Sesungguhnya menolak sebutir dirham yang syubhat lebih aku sukai daripada bersedekah seratus ribu sehingga sembilan ratus ribu dirham."
Berzikrullah adalah baik. Tetapi jika sekadar dengan lidah, ianya belum mencukupi.
Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."
Rezeki yang diperolehi dari perbuatan dan pekerjaan yang haram, walaupun digunakan unutk ketaatan, tidak akan membantu kita ke arah taqarrub kepada Allah.
Berkata Imam Sufyan at-Thauri: "Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan air kencing."
Walau bagaimanapun, manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini
bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubah sentiasa terbuka. Hadis ada menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang, kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.
Muga-muga Ramadan yang akan datang kali ini dapat meningkatkan kesedaran kita bersama untuk menjauhi semua yang dilarang agama menuju ketakwaan yang dituntut.
kredit: rakangroup
blog tokwan blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan