
Baru-baru ini Liverpool
telah melancarkan jersi baru mereka bagi musim 2013-2014 bersama jenama
yang baru bersama sejak musim lepas, iaitu Warrior. Rekaan jersi serba
merah ini adalah berdasarkan jersi mereka pada musim 1983-1984 di mana
Liverpool memenangi piala eropah buat kali ke-4 di Rome.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada jersi baru ini ialah lambang Liver Bird yang mula diperkenalkan semula sejak musim lepas, memberi kesan retro pada jersi ini dan juga Hillsborough Flame yang terkenal dicetak pada bahagian kolar sebelah belakang jersi. Hmm, nampak lenih menarik jika dibandingkan dengan musim lepas. Bagi penyokong Liverpool mungkin dah boleh start kumpul duit untuk beli yang original, haha.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan