Jemaah solat Jumaat di jalanan London
‘Mekah’ di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan
tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat
Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan
kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah
yang ramai.
Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”,
harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke
daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama
di luar.
”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.
Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square,
ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat.
Kegiatan selama satu jam di tengah-tengah kawasan kewangan kota London
itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan
di sekitar masjid komuniti kecil.
Pekerja
yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti
Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar
Bentley dan kawasan letak kereta.
Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel.
Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan
yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat
Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.
Islam semakin berkembang di Kota London
Dalam ruangan masjid
yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang
bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga
ingin menjalankan solat Jumaat. Dan ini menyebabkan jemaah solat Jumaat
melimpah sehingga ke jalan.
“Keadaan
ini semakin ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini” kata seorang
pekerja yang masih memakai pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang
terkejut ketika mereka datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana,
mereka dapat melihat ramai orang yang berdoa bersama di luar. Mereka
melaksanakan solat betul-betul di tengah Kota London.”
Penambahan umat Islam di
Eropah menyebabkan banyak tempat-tempat ibadah seperti kuil yahudi dan
gereja bertukar milik menjadi tempat ibadah bagi umat islam.
http://scaniaz.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan