Hari ini kami akan kongsikan sedikit post yang berilmiah dan
saintifik sedikit hehe. Mungkin ada yang sedia mengetahui bahawa tenaga
elektrik boleh terhasil melalui tindak balas kimia yang terjadi dalam
makanan. Mungkin ia tidaklah sekuat mana namun ia mampu untuk menyalakan
lampu led untuk beberapa ketika. Post kali ini kami nak kongsikan
kepada anda beberapa siri gambar eksperimen menghasilkan bateri organik
daripada bahan-bahan makanan. Jom kita saksikan.
ini nama dia pomelo atau dalam Bahasa Melayu dipanggil limau gedang.
cantik pulak dia susun cuka ni
gabungan beberapa buah-buahan citrus
garaj yang dipenuhi dengan bateri organik
dengan kuasa kentang akan menghukum mu! haha
Macam mana cool kan? Walaupun ia mungkin satu eksperimen mudah yang
pernah kita lakukan di sekolah, namun jurugambarnya, Caleb Charland
mampu menonjolkan sifat artistik dalam gambar-gambar ini.
cisdel.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan