Orang-orang mukmin akan merasai nikmat yang paling agung apabila mereka dapat
melihat wajah Allah s.w.t. di akhirat kelak. Nikmat yang tiada bandingannya walaupun di dalam syurga terdapat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasai di dunia, umpamanya nikmat mendampingi bidadari, nikmat menghirup udara segar di dalam taman-taman syurga, nikmat menghuni mahligai yang diperbuat dari emas dan bertatahkan aneka permata. Namun semua nikmat itu tidak akan dapat menandingi nikmat menatap wajah Allah s.w.t.
melihat wajah Allah s.w.t. di akhirat kelak. Nikmat yang tiada bandingannya walaupun di dalam syurga terdapat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasai di dunia, umpamanya nikmat mendampingi bidadari, nikmat menghirup udara segar di dalam taman-taman syurga, nikmat menghuni mahligai yang diperbuat dari emas dan bertatahkan aneka permata. Namun semua nikmat itu tidak akan dapat menandingi nikmat menatap wajah Allah s.w.t.
Bagi orang-orang kafir telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bahawa mereka diarah supaya
mengikut apa yang mereka sembah di dunia dulu. Apabila kesemua
yang disembah itu akan menjadi bahan bakar api neraka, orang-orang kafir
itu akan bersama sembahan mereka terjun ke dalam neraka.
Orang-orang munafiq walaupun pada hakikatnya mereka adalah kafir, tetapi oleh kerana
mereka bergaul bersama orang-orang mukmin, mereka enggan berada
dalam kumpulan orang-orang kafir. Kerana mereka turut mendirikan solat
di belakang Nabi s.a.w. Malah terdapat dikalangan orang munafiq yang
turut sama di medan perang bersama Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat yang
lain.
Di Mahsyar, orang-orang munafiq mendakwa dirinya adalah mukmin dan juga orang yang
soleh adalah sahabat mereka. Malah mereka mendakwa mereka juga
beramal soleh sebagaimana orang-orang mukmin beramal, serta mengenali
Tuhan sebagaimana orang-orang mukmin mengenaliNya. Justeru itu mereka
ingin bersama-sama orang mukmin untuk menemui Allah ta'ala dan melihat
wajahNya.
Untuk golongan munafiq itu Allah swt datangkan imtihan (ujian) supaya mereka membuktikan
dakwaannya, dengan ujian itu dapat dibuktikan samada mereka beriman
dengan Allah ta'ala atau beriman dengan lainNya. Ketika itu Allah
s.w.t. datangkan suatu yang menyerupai benda-benda tertentu, kemudian
benda itu mendakwa bahawa dia adalah Tuhan. Orang-orang mukmin segera
menolak dakwaan itu kerana mereka di dunia dahulu beriman dengan Allah
ta'ala yang Maha Suci dari sebarang penyerupaan benda. Adalah mustahil
Allah ta'ala serupa dengan sesuatu benda yang mempunyai ukuran dan jisim
yang memerlukan ruang tempat.
Orang-orang mukmin menolak ketuhanan yang bercanggah dengan apa yang telah diajarkan
kepada mereka oleh para utusan Allah dan juga bercanggah dengan
apa yang diperjelaskan oleh para ulama’ berdasarkan nas-nas yang nyata.
Apa yang telah dipertontonkan di hadapan mereka adalah benda baru,
sedangkan Allah s.w.t. adalah bersifat Qadim.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman di dunia ini ibarat pelatih yangsedang membiasakan
diri untuk mengenali Allah yang Maha Esa. Mereka mendirikan solat dan
melaksanakan ibadat yang fardhu dan juga sunat adalah untuk
mengukuhkan keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah ta'ala.
Ketika mereka hampir menemui ajal pun, sunat diajar supaya mereka menyebut kalimah
Lailaha Illallah. Apabila mereka menyebut kalimah tersebut
ketika hampir ajalnya, bukanlah disebabkan menurut apa yang diajar.
Sebaliknya disebabkan hati mereka beriman dengan kalimah tersebut telah
terbiasa dan sebati dalam hati mereka yang mengingati Allah. Di saat
hampir menemui ajal, lidahnya tetap menuturkannya dengan mudah.
Sementara golongan munafiq ketika diuji dengan tuhan yang tidak sebenaryang dijelmakan
oleh Allah ta'ala, mereka tidak menyatakan pendiriannya terhadap ujian
tersebut. Dengan demikian dapatlah dibuktikan bahawa golongan
munafiq itu sebenarnya tidak dapat membezakan antara Allah ta'ala
sebagai Tuhan yang sebenar, dengan tuhan-tuhan jadian yang telah
dijadikan sebagai ujian kepada mereka. Ujian kedua kepada golongan
munafiq ialah ketika orang-orang mukmin diperintah oleh Allah ta'ala
supaya sujud di mahsyar, hanya orang-orang mukmin yang ikhlas sahaja
berjaya sujud kepada Allah ta'ala. Mereka boleh sujud kerana sejak di
dunia lagi mereka adalah golongan orang-orang yang sentiasa sujud kepada
Allah, justeru sampai ke akhirat mereka tetap boleh melakukan sujud.
Adapun orang-orang munafiq tidak upaya melakukannya kerana ketika
di dunia dahulu mereka mendirikan solat bukan sebenarnya kerana Allah
ta'ala.
Firman Allah :”Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk sujud; maka mereka tidak kuasa.: (Surah al-Qalam : Ayat 42)
kredit: Kitab, Persiapan Menghadapi Maut Siri 7 -terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd.
Salam Ukhuwah..~
blog tokwan blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan