Pada ketika kita berasa lapar, kadang-kadang perut kita berbunyi
mengeluarkan suara tanpa kita sedari dan sengaja. Rasanya ramai yang
pernah menghadapi situasi seperti ini bukan? Tetapi suatu fakta yang
harus anda tahu adalah rasa lapar sebenarnya tidak ada hubungannya
dengan perut kosong.
Rasa lapar itu mulai datang ketika bahan-bahan yang bergizi hilang di dalam darah. Bila itu terjadi, pembuluh-pembuluh darah akan menghantar mesej ke bahagian otak yang dinamakan pusat rasa lapar. Pusat rasa lapar bekerja sebagai sebuah 'brake' (atau alat penahan). Namun 'brake' ini bukanlah 'brake' di kereta, melainkan 'brake' di perut. Selama mana darah mendapat makanan yang cukup maka pusat rasa lapar akan memperlambat gerak perut.
Namun sekiranya gizi makanan tadi hilang dari darah, pusat rasa lapar akan membuat perut menjadi lebih aktif. Ketika lapar, perut kita dalam keadaan kosong dan ketika diisi makanan perut kita akan lebih padat dan tidak ada ruangan kosong lagi.
Setelah 6 jam kemudian, hampir semua makanan yang masuk tadi sudah tercerna. Perut dan usus adalah alat pencernaan yang bergerak tanpa henti. Apabila semua makanan sudah dicerna, maka di dalam organ ini jelas tidak ada makanan dan hanya tersisa udara.
Perut dan usus yang terus bergerak, membuat udara yang ada akan berpusar-pusar kesana dan kemari. Dan membuat bunyi di dalam perut ketika anda sedang lapar mahupun ketika anda tidak lapar.
sumber: www.blogapaaja.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan