Khamis, 30 Mei 2013

5 Tips Bijak Ketika Membeli Handphone

Assalamualaikum
5 Tips Bijak Ketika Membeli Handphone
Hello hello semua! Hehe, harini AA rasa nak share sikit mengenai tips ketika nak beli handphone ni. Korang-korang yang maybe akan beli handphone baru dalam masa terdekat ni wajib korang baca. Kalau korang tak nak beli handphone pun wajib korang baca sebagai peringatan sebelum terkena, hh? Hee, klik ‘read more‘ untuk selanjutnya!
 

Okay, maybe korang pernah beli handphone sendiri sebelum ni. Tapi korang tahu sebenarnya ramai antara pembeli handphone sekarang ni ‘kena tipu’ secara halus oleh tauke-tauke kedai yang tidak munasabah?
Mengikut pengalaman AA yang suka berkunjung ke kedai handphone ni banyak sebenarnya AA perhatikan terutamanya ketika seseorang nak beli phone baru. Ada saja tawaran daripada si jurujual yang seolah-olah memaksa pelanggan mereka untuk menerima tawaran mereka ini. Ada yang menyarankan untuk membeli memory card 2GB dengan harga RM30 yang kononnya murah. Sedangkan di Low Yat, memory card 8GB berharga RM20!
So dalam post ni AA terpanggil untuk share mengenai tips yang perlu korang ingat ketika beli handphone.
1. Bijak tawar-menawar
Korang mesti nak handphone dengan harga yang murah kan? So apa salahnya korang buat survey dulu model handphone yang korang nak beli tuu dekat kedai lain. Survey jea banyak-banyak sampai jumpa kedai yang betul-betul murah.
Bila dah jumpa model handphone yang korang nak cari tuu dengan harga yang paling murah, korang cubalah mintak tawar kat jurujual tuu. Tawarlah serendah yang mungkin. Contoh kalau harga handphone tuu RM500, korang tawarlah jadi RM450 kea. Kalau dia tak bagi turun harga, korang cuba acah-acah tak nak beli atau cuba compare dengan kedai lain. Teknik ni paling penting untuk physco si jurujual ni. Selalunya jurujual ni akan cair dengan physco yang korang buat. Percayalah.
2. Jangan terima tawaran masukkan software jika dicaj
Benda ni banyak kali AA perhatikan bila nak beli handphone ni. Korang janganlah tertipu dengan tawaran yang kata masuk software itu masuk software ini dapat murah. Korang tau tak, korang boleh masukkan software tuu sendiri okay!
Serius pandai jurujual handphone ni ‘pancing’ pelanggan mereka. Ada ke patut kata diorang akan siapkan sekali dengan jailbreak handphone Android (kalau korang beli phone Android) bila korang bayar ‘pakej’ yang diorang tawarkan. Kononnya korang boleh download software free dengan apps yang diorang masukkan tuu. Apakah?! Jailbreak pada Android?! Ini adalah satu penipuan terang-terangan! Mana ada istilah jailbreak dalam Android? Jailbreak untuk iPhone okay! So korang, hati-hati. Kalau dia rela nak masukkan takpe. Jangan sampai dicaj semata-mata nak masuk software yea. Korang nak kea bagi RM80 kat diorang tuu free-free?

Ini rahsia yang dikatakan boleh download apps free tuu. Korang boleh cari di 4shared.com

3. Jangan bayar lebih untuk beli memory card
Fuhhh, ini satu lagi ‘sindiket’ secara halus yang jurujual handphone buat kat pelanggan mereka. Seperti apa yang AA cakap kat atas ni, memory card yang dijual dekat kedai handphone harga melampau-lampau habis! MicroSD 2GB RM30?! Itu okay lagi. Ada yang sampai memory card 4GB RM45 kata murah? Murah?! Okay, secara eksklusif kat blog ni, korang tengok lah sendiri harga pasaran memory card dekat Malaysia ni.

Hehe, tak perlu tunggu PC Fair pun dah boleh dapat murah ;)

Kalau boleh, beli memory card dengan harga kat atas ni dekat Low Yat Plaza. Kalau korang tinggal jauh, AA syorkan korang beli dekat hypermarket macam Carrefour atau Tesco sebab harga memory card diorang tak jauh sangat dengan harga pasaran. Satu lagi, kalau tempat korang ada PC Fair, korang pergilah PC Fair. Kalau malas nak tunggu, pergi hypermarket yang AA cakap kat atas ni. Kalau yang duduk area KL, tak perlu tunggu PC Fair pun takpe sebab Low Yat Plaza dah memang tawarkan harga PC Fair malah jauh lebih murah daripada PC Fair yang ada 3 kali setahun tuu.
So korang jangan lah ‘ter’bayar lebih kepada si jurujual handphone ni. Rugi jea nanti.
4. Screen protector lebih RM10 say bye bye
Okay, AA kalau beli handphone, AA tak kan terima tawaran nak pasang screen protector ni. Sebab pasang kat kedai jual handphone confirm-confirm harga dia lebih RM10 malah ada yang lebih mahal dari tuu bergantung jenis screen protector yang korang nak pakai. Ada screen protector kalis cap jari, ada yang screen protector privacy.
So apa yang AA sarankan, kalau korang nak pasang, better pergi pasar malam sebab screen protector kat situ harga dalam RM5 sahaja siap pasang. Kat pasar malam lebih murah sebab diorang tak perlu bayar sewa kedai mahal. So kalau korang nak cari aksesori handphone macam cover case kea apa, better beli kat pasar malam jea. Jauh lebih murah. Korang pun dapat save budget korang.
5. Pastikan No. IMEI di handphone dan kotak pakej adalah sama (jika beli baru)
Hehe, yang ni untuk korang yang nak beli handphone baru. Kalau beli handphone second hand tak perlu ikut ehh. Takde kotak pun, huhu. Okay, benda ni simple jea. Korang tengok no. IMEI dekat handphone baru korang tuu pastu compare kan dengan kotak handphone tuu. Pastikan sama. Nanti senang nak claim waranty.
 

Yayy! No. IMEI kat kotak dengan kat handphone sama! *wink wink*

Macam mana nak tengok no. IMEI dekat phone? Dail *#06#. Nanti secara automatik handphone akan paparkan no. IMEI. Kalau susah sangat, korang boleh rujuk no. IMEI dibelakang battery handphone.
Konklusi
So AA harap sangat korang cuba ingat tips-tips ni before beli handphone tuu. Kalau ada kawan-kawan mintak temankan beli phone pun kalau boleh ingatkan tentang tips-tips ni. Jadilah pembeli yang bijak supaya korang tak tertipu dengan ‘tipu muslihat’ jurujual handphone ni.
Okaylah, sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yea! Sekian, wassalam.
P/s: Kalau saya beli phone, saya akan tawar setawar-tawarnya harga phone tuu before beli. Pastu saya akan ignore segala tawaran yang jurujual tawarkan kat saya contoh macam protector, aksesori apa semua. Saya just nak beli phone jea. Dengan cara tuu lah baru rasa puas beli dan guna phone tuu, hehe
 http://amad-jalanan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...