Tenaga Nasional Berhad adalah pembekal tunggal tenaga elektrik di
Malaysia. Jadi, setiap rumah akan menerima bil elekrik TNB setiap bulan.
Jika bil anda dibawah RM20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik
anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga
elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih
tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin
mahal bil elektrik TNB anda.
Tentunya anda mahukan bil elektrik bulanan yang murah tetapi mahu
menggunakan peralatan elektrik anda seperti biasa. Sebenarnya anda boleh
buat macam tu, tetapi lebih perlu berjimat cermat dan berhati-hati.
Bagaimana caranya? :
Penggunaan Lampu
Lampu adalah perkara asas yang amat penting terutamanya pada waktu
malam. Tukarkan mentol lampu yang berwarna kuning anda kepada lampu
kalimantang (fluorescent) atau compact fluorescentyang kurang
menggunakan tenaga elektrik. Untuk penjimatan yang lebih, hanya gunakan
pada tempat yang ada orang, jika tiada orang contohnya di dapur pada
waktu lewat malam tutupkan saja lampu tersebut (tutup jika tidak
diperlukan). Jangan biarkan lampu menyala ketika tidak diperlukan.
Lampun kalimantang ini boleh menjimatkan tenaga elektrik sehingga 25%
berbanding lampu 100watt (lampu kuning).
Penggunaan Kipas
Bersihkan kipas anda daripada habuk-habuk yang melekat pada bilah kipas
anda. Habuk-habuk ini akan menyebabkan bilah kipas anda menjadi berat
dan menghasilkan angin yang kurang. Jika angin kipas tak cukup kuat
mesti anda lajukan lagi kipas tu kan? Confirm punye lah! Ini akan
meningkatkan lagi penggunaan tenaga elektrik. Rajin-rajinkan la
bersihkan bilah kipas tu ye..
Penggunaan Air-cond
Bagi gua Air-cond tak digalakkan sangat, bukan je menggunakan tenaga
elektrik yang banyak tetapi boleh membawa penyakit dalam jangka panjang.
Air-cond menghasilkan udara yang mengandungi kelembapan atau air
(embun), dan kita akan menghirup udara ini, dengan ini udara ini akan
membawa sekali kelembapan masuk ke dalam paru-paru kita. Hasilnya?
Paru-paru berair, salah satu penyakit yang tidak mempunyai penawar
sehingga kini.
Jangan biarkan pendingin udara terpasang di bilik yang kosong atau
semasa tidak digunakan. Tutup semua tingkap & pintu. Sesuaikan
'regulator' pendingin ke tahap sederhana atau rendah.
Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat
untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik
yang digunakan. Cuci filter air-cond sekurang-kurangnya setahun sekali.
Penggunaan Mesin Basuh
Gunakan mesin basuh anda apabila muatan dah penuh sahaja, dengan ini
dapat mengelakkan pembaziran yang sia-sia. Dengan ini juga anda boleh
menjimatkan tenaga anda sendiri, tak perlu anda basuh berulang-ulang
kali dan juga boleh menjimatkan penggunaan air untuk membasuh.
Penggunaan Peti Sejuk
Jangan buka pintu peti sejuk terlalu lama dan banyak kali dalam masa
yang singkat. Ini boleh menyebabkan kedinginan dalam peti sejuk keluar
dan akan membuatkan peti sejuk bekerja menghasilkan kedinginan ini
semula. Untuk pengetahuan anda, proses penyejukan dan pemanasan paling
banyak menggunakan tenaga elektrik. Jadi uruskan peralatan yang
berkenaan dengan bijak. Dan juga, pastikan peti sejuk anda ditutup
dengan rapat selepas dibuka.
Cara penjimatan yang lain:
Tutup televisyen & video di rumah apabila tidak mahu menonton.
Ingat! Televisyen & video banyak menggunakan kuasa elektrik.
Seterika elektrik menggunakan banyak tenaga elektrik. Anda sepatutnya
cuba menguruskan masa, seperti menggosok pakaian sebanyak mungkin dalam
satu masa. Setiap saat anda memanaskan seterika untuk menggosok akan
membazirkan banyak tenaga.
Menggunakan periuk masak tekanan lebih menjimatkan elektrik, masa & tenaga berbanding dapur elektrik.
Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang
lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini
menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan
menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
http://gua-lu.blogspot.com
Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan bil elektrik dirumah anda, bacalah lagi disini, anda pasti dapat menurunkan bil dan beban anda. Rujuk di sini, http://shuth.jomniaga.com/go/11/caroline26/
BalasPadam