Isnin, 20 Mei 2013

Teknologi Kesan Tumor Tersembunyi

tumor 
EDINBURGH – ‘Pengimejan hantu’ dengan imbasan tiga dimensi (3D) didakwa boleh mengesan barah tersembunyi dan penyakit lain dengan cepat.

Teknologi menggunakan pengesan empat sudut berbeza itu dicipta oleh Jabatan Fizik dan Astronomi Universiti Glasgow di Scotland.




Teknik tersebut digelar pengimejan berkomputer 3D atau ‘pengimejan hantu’ dan ia dapat mengesan gelombang yang tidak boleh diambil kamera digital.

Profesor Miles Padgett berkata, pengesan tunggal di empat lokasi berbeza itu digunakan untuk mengesan cahaya dari data projektor yang akan menukar objek dengan cepat kepada warna hitam dan putih seperti imej teka silang kata.

“Empat pengesan itu akan menghasilkan imej mengandungi bayang-bayang yang akan memberi petunjuk kepada kami mengenai bentuk 3D sesuatu objek, sekali gus mereka gambaran keseluruhannya,” jelasnya dalam laporan dipetik DailyMail

Sementara itu, pembantu penyelidik, Matthew Edgar memberitahu bahawa ciptaan teknologi itu masih di peringkat awal dan mereka berhasrat untuk menghasilkannya dalam sistem mudah alih yang membolehkan ia digunakan di luar makmal.
 http://www.informasikini.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...