Di samping insiden yang mengerikan, ternyata di pesawat juga terdapat
cerita yang membuat kita tersenyum. ada saja ragam penumpang hingga
pilot dan pramugari.
Dari insiden ini rata-rata kerana pengaruh alkohol yang mengganggu ketenteraman penumpang. namun ada juga kisah yang boleh membuat anda senyum.
Dari insiden ini rata-rata kerana pengaruh alkohol yang mengganggu ketenteraman penumpang. namun ada juga kisah yang boleh membuat anda senyum.
1. Diusir kerana menyanyi dengan kuat
Seorang wanita diusir dari pesawat kerana menjadikan kabin sebagai tempat konsert. Penumpang, juruterbang, hingga pramugari sudah mengingatkan namun tak dihiraukan dan pilot terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. Wanita ini telah dihalau oleh pegawai lapangan terbang dan tetap bernyanyi I will Always Love You nya Whitney Houston.
2. Dibuang di sebuah pulau kerana memaki pramugari
Insiden ini terjadi di syarikat penerbangan Monarch Airline yang terbang dari Britain menuju ke Pulau Canary, Sepanyol. Seorang penumpang mabuk hingga memaki-hamun pramugari dan pilot. Perlakuan yang kasar membuat pilot marah dan mendarat di sebuah pulau kecil di sebelah Afrika Barat lalu mengusir penumpang tersebut. Entah bagaimana di kembali ke Britain.
3. Penumpang mabuk
Penumpang mabuk sering menyusahkan dan juga menggangu penumpang lain. Seperti halnya seorang penumpang yang menyerang penumpang lain dan berteriak-teriak di dalam pesawat.
Rimas dengan penumpang tersebut, akhirnya pramugari dan dibantu penumpang pun mengikat penumpang tersebut di kerusinya. Insiden tersebut terjadi ketika penerbangan dari Iceland menuju ke Amerika Syarikat.
4. Pilot dan pramugari mabuk
Insiden ini terjadi pada 11 Mac 2010 dalam syarikat penerbangan Donbassaero Ukraine. Pemeriksaan ini dilakukan selepas syarikat ini telah melakukan penerbangan.
Dari hasil pemeriksaan terdapat data yang meragukan. Semua kru pesawat terbukti mabuk dengan kadar alkohol 0.075-0.052. Kadar tersebut melebihi had dibenarkan alkohol di Ukraine.
5. Tarian erotik dalam pesawat
Kejadian ini berlaku dalam penerbangan dari Moscow menuju ke London yang terpaksa dibatalkan. Sebabnya salah seorang wanita tiba-tiba melakukan tari erotis di dalam pesawat yang sudah berada di udara.
Kerana tingkahnya yang aneh dan mengganggu penumpang, pesawat yang sudah terbang selama 15 minit ini kembali ke Moscow, Russia. Setelah diserahkan ke pegawai lapangan terbang dan menjalani pemeriksaan perubatan, ternyata wanita ini mabuk.
http://realitiabadi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan