MENGAPA
SANGAT SUKAR UNTUK MEMUKUL LALAT | Ramai diantara kita yang merasa
bosan dengan binatang kecil bernama lalat ini. Lebih-lebih lagi dengan
kitaran hidupnya yang lincah apabila anda hendak memukulnya.
Pastinya
akan membuat anda akan semakin bosan dan hamun bukan? Namun pernahkah
anda merasa ingin tahu dan ingin mengetahui alasan mengapa lalat susah
dipukul atau ditangkap?
Seorang
saintis bernama Dickinson mengaku telah mempunyai jawapan atas soalan
tersebut. Ia mengatakan bahawa sekarang ia telah mempunyai jawapannya.
Dickinson
yang juga melakukan kajian bersama Esther M dan Abe M Zarem mendedahkan
bahawa ia telah menemui rahsia tersebut setelah melakukan beberapa
pengintipan dengan cara merakam manuver atau gerakan sejumlah lalat yang
hendak dipukul dengan menggunakan kamera digital canggih yang boleh
merakam benda kecil dan mikroskopik dengan kelajuan dan resolusi tinggi.
Penyelidikan
yang mereka hasilkan mendapati bahawa lalat dapat mengenali ancaman
dengan cepat berdasarkan lokasi ancaman. Otaknya akan langsung akan
mengira dengan cepat seberapa jauh ancaman terhadap dirinya sebelum
memutuskan untuk mengepakkan sayap dan terbang.
Setelah
ia meramalkan arah ancaman, kemudian kakinya bertumpu untuk terbang ke
arah yang berlawanan. Semua persiapannya untuk segera melarikan diri
boleh dilakukan serangga ini dengan sangat cepat, iaitu hanya memerlukan
masa 100 milisaat (1/100 dari 1 detik) selepas ia mengesan adanya
ancaman bahaya.
“Perkara
tersebut amat luar biasa kerana membuktikan begitu cepatnya otak lalat
untuk dapat memproses maklumat deria yang kemudian menjadi respons
gerakan yang hampir menyerupai gerakan refleks,” ujar Dickinson.
Bahkan,
lalat mampu menetapkan bentuk tubuhnya bersesuaian ancaman. Perkara ini
menjelaskan bahawa lalat telah mengintegrasikan dengan sangat baik
antara maklumat visual yang diterima dari mata dan maklumat metasensorik
di kakinya.
Penemuan
ini memberi petunjuk lebih dalam mengenai sistem saraf lalat dan
membuktikan bahawa di otak seekor lalat terdapat suatu sistem pemetaan
posisi ancaman yang sangat kompleks dan berlangsung sangat cepat.
“Ini
adalah sebuah bentuk transformasi rangsangan yang kemudian menjadi
gerakan yang kompleks dan kajian kami selanjutnya adalah berusaha untuk
mencari bahagian otak yang menguruskannya,” ujarnya.
Berdasarkan
hasil penyelidikan yang dijalankan tersebut, Dickinson juga memberikan
tips mudah untuk memukul KO haiwan ini. Ia menyarankan bahawa saat yang
paling berkesan untuk memukul lalat adalah bukan pada saat kedudukannya
siap terbang.
Perkara
tersebut kerana masa yang diperlukan oleh gerakan tangan sewaktu
terangkat hingga saat gerakan memukul tentunya memerlukan waktu yang
relatif lama dan lebih dari 100 milisaat dan biasanya sungguh sukar bagi
manusia untuk dapat melakukan pukulan yang tepat dengan waktu 1/100
saat.
http://pencurimisteri.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan