Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,
Siapa
yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang
Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini
macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang
pendek.
Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan
seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan
Eropah besar dan tinggi badan mereka.
Apabila kita belajar dalam
ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai
gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi.
Pandangan
dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada
perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini
ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah
ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya
manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? “.
Setengah
orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat
seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang
Amerika!!
Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:
1.
Hamba abdi yang diambil dari Afrika dulu kebanyakannya pendek namun
mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan
setanding dengan orang Amerika lainnya??
2. Sesiapa yang pernah
pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab
Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian
mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang
Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
3.
Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan
majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa
orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti
orang Malaysia.
4. Ramai orang Benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
5. Ramai orang Indonesia yang bekerja di Malaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
7.
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan
keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di
Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
8. Kini
ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz
badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
9.
Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun
menghasilkan anak yang tinggi hingga 5? 11? atau lebih tinggi lagi.
Memadailah
dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita
semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita
semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
Saya
amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dipertemukan seorang guru yang
akhirnya menjadi satu-satunya sahabat yang paling rapat sehingga saya
begitu merasakan kehilangannya kira-kira lebih 3 tahun lalu apabila
beliau dipanggil menghadap Ilahi pada usia 58. Beliaulah yang begitu
banyak sekali membimbing saya dari budaya jahiliah kepada hidup sebagai
mudah-mudahan insya-Allah seorang muslim yang beriman.
Ilmu
tersebut ialah SESEORANG YANG BANYAK MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK
GANDUM AKAN MENJADIKANNYA TINGGI BERBANDING SESEORANG YANG BANYAK
MENGAMBIL MAKANAN DARI PRODUK BERAS.
Saya memang begitu memahami
tabiaat saya dahulu kala, iaitu bukan mudah untuk menerima pendapat
sesiapa walaupun guru saya sendiri dan guru saya juga amat memahami
hakikat ini. Inilah yang menyebabkan proses bimbingan arwah guru saya
terhadap saya amat halus.
Sebaik menerima ilmu ini saya mula
berfikir. Saya mula melihat diri saya ini. Saya dilahirkan oleh ibu
bapa dari keturunan jawa tulen. 8 orang adik beradik dan kesemuanya
pendek belaka paling tinggi pun sekadar 5? 4?. Namun Allah jadikan saya
dengan ketinggian lebih dari 5? 11?. Kejadian Allah ada
sunnatullahnya. Setelah mengkaji sejarah hidup saya sewaktu kecil
hingga remaja dan saya bandingkan dengan adik beradik lain, maka saya
akur dengan ilmu dari guru saya tersebut. Sewaktu saya berada di
sekolah rendah darjah 1 hingga 6, saya adalah pendek di dalam kelas.
Saya
sejak kecil amat gemar kuih yang diperbuat dari tepung gandum seperti
kuih ketayap, kaswi, lapis, pau, roti canai dan cekodok. Banyak dari
kuih ini saya yang membuatnya sendiri bermula dari usia 10 tahun. Ini
adalah perbezaan yang nyata berbanding adik beradik lain yang gemar
makan nasi tidak kira pagi, tengahari, petang atau malam. Setelah
memasuki tingkatan 4 saya berpindah ke sekolah asrama penuh dan memang
roti adalah hidangan utama dan saya juga amat gemarkan roti ini yang
saya makan dengan mentega buttercup.
Pada peringkat inilah saya
perhatikan saya mula menjadi orang yang tertinggi di dalam kelas.
Kesimpulan dari sejarah hidup saya ini ialah; saya dilahirkan sebagai
seorang yang pendek sehingga tingkatan 1 dan selepas ini saya mula
bertambah ketinggian dengan pantas hingga tinggi saya menjadi lebih 5?
11? sekarang. Sebenarnya memang saya banyak sekali mengambil makanan
dari produk gandum selain nasi.
Selepas mengkaji sejarah hidup
saya, saya mula mengkaji sejarah pelajar saya yang tinggi lampai bila
ada kesempatan. Ia tepat sekali. Kemudian saya mengkaji orang Benggali.
Rupanya bangsa ini memang menjadikan capati sebagai makanan ruji
mereka. Padanlah orang Benggali ini majoritinya tinggi kerana mereka
banyak makan capati. Capati dibuat dari tepung ata dan sebenarnya
tepung ata adalah tepung gandum tulen dan itulah sebabnya tepung ini
berwarna keperangan iaitu warna sebenar gandum sebagaimana warna
spageti dan makaroni. Tepung gandum yang biasa kita beli memang
mengandungi gandum namun ia tidak tulen dan itulah sebab harganya murah
dibandingkan dengan tepung ata.
Bila kita kaji orang Afghanistan
pula, mereka makan makanan yang sangat asas tanpa makanan mewah
seperti kebanyakan orang di Malaysia namun satu fakta pentingnya ialah
ia makan roti gandum tulen yang menjadi makanan rujinya. Dengan ini,
ilmu yang disampaikan oleh arwah guru saya ini adalah benar.
Bila
kita lihat pelakon Cina di Hollywood kini ramai yang segak tinggi
macam orang Amerika, barulah kita faham bahawa setelah mereka
berhijrah, mereka melahirkan generasi muda yang makan makanan yang sama
atau mirip makanan orang asli Amerika yang banyak makan produk gandum.
Itulah sunnatullahnya yang menjadikan mereka tinggi macam orang
Amerika.
Orang Jepun moden dan Cina moden yang tinggal di Hong
Kong juga sudah berubah selera mereka dan gemarkan piza dan pelbagai
roti. Apabila ia di makan dengan kerap, jadilah mereka generasi baru
Jepun dan Cina yang tinggi.
Orang Cina di Tanah besar Cina serta
orang Jepun secara tradisinya memang menjadikan beras dan produk beras
seperti beehoon, kueutiaw dan sebagainya sebagai makanan utama mereka.
Inilah faktor utama yang menjadikan mereka pendek sebagaimana juga
orang jawa di Indonesia dan juga yang merantau ke Malaysia . Sekiranya
kebiasaan ini dikekalkan, insya-Allah generasi mereka akan kekal pendek
tetapi jikalau mereka mula menukar selera dengan makanan produk
gandum, insya-Allah generasi muda mereka akan menyaingi ketinggian
orang Amerika.
Itulah juga penjelasan mengapa sebahagian orang
Arab di Arab Saudi ada yang tinggi dan pendek. Mereka yang banyak makan
produk beras akan pendek dan mereka yang banyak makan produk gandum
akan insya-Allah tinggi.
Namun satu perkara penting perlu
diingat ialah kadar pertambahan tinggi perempuan adalah terhenti pada
usia 15 – 17 tahun manakala bagi lelaki adalah pada usia 17 – 20 tahun.
Sebaik-baik usaha yang molek untuk melahirkan anak yang tinggi ialah
dengan memberikan makanan produk gandum pada usia awal sehingga usia
sebelum 15 – 17 bagi perempuan dan 17 – 20 bagi lelaki. Makan produk
gandum pada usia melewati usia-usia ini tidak mendatangkan tambahan
ketinggian.
alicyber: – kurang setuju penggunaan perkataan PENDEK, sepatutnya diganti dgn perkataan RENDAH.
- kalau info ni benar, ingat ayat2 terakhir tu. Jika umur anda dah terlajak, walau berguni2 gandum yg anda telan, atau berkilo2 roti anda makan, anda tak akan bertambah tinggi lagi, cuma mungkin perut anda yg akan bertambah besar…
- boleh dipraktikkan kpd anak2 atau adik2 kita. 10-20 tahun lagi, sila bagitau saya adakah ia berkesan.
-
info yg boleh dipraktikkan juga dlm bidang sukan yg pentingkan saiz
badan (macam bolasepak). Mungkin 10-20 tahun lagi, barulah skuad bola
kita boleh pergi World Cup.
alkurawi.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan