Selasa, 4 November 2014

Firasat Tok Kenali ttg masa depan Kelantan Menarik Untuk Di Baca)


* Di tahun-tahun akhir hayatnya, Tok kenali pernah memberitahu murid-muridnya bahawa akan tiba suatu masa nanti si mata sepet akan menjajah Kelantan dan seluruh Semenanjung tanah Melayu. 

Ya, ternyata benar, hampir 10 tahun selepas itu, Jepun menyerang Kelantan dengan mendarat di Pantai Cahaya Bulan pada tahun 1941. 

 





* Tok Kenali pernah memberi amaran tentang akan berlakunya banjir besar di Kelantan. Beliau berkata, ”Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu bersiap-sedialah!”. Kira-kira sebulan selepas itu, berlakulah bah besar yang besar yang terkenal dalam sejarah Kelantan dengan sebutan Bah Air Merah (Disember, 1926).


* Negeri Kelantan menjadi negeri yang maju

Tok kenali pernah berkata: “ Kampung kenali akan menjadi bandar yang luas, dan anak cucu orang kampung ini ramai yang menjadi orang yang besar-besar”.

Kata-kata ini memang terbukti dimana sekarang, Kenali atau Kubang Kerian telah berubah wajah sama sekali. 

Ramai anak cucu kawasan ini dan negeri Kelantan amnya, yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam bidang masing-masing seperti bidang ilmu, agama, politik, ahli perniagaan yang berjaya dan lain-lain.


* Pada suatu hari, di kala Tok Kenali sedang mengajar di hadapan ramai murid-muridnya, tiba-tiba beliau dibukakan tirai untuk bercakap mengenai masa depan Kelantan khususnya. 

Beliau berkata dengan serius:

Siapa panjang umur boleh tengok;

Bumi ini akan menjadi rata, pasir akan terkambus; (Banyak bangunan akan dibina terutama di lokasi-lokasi strategik dan jalan-jalan baru dibuka)

Rumah akan banyak dibina;

Manusia akan berjalan dengan terbang;
 (Menaiki kapal terbang tidaklah sesuatu yang pelik)

Manusia akan berjalan dengan punggung; (Banyak kereta di jalan-jalan)

Manusia akan tidur dan makan dekat jamban tahi (tandas); (Tandas dibuat di dalam rumah, sedangkan pada masa dahulu, tandas berada di luar rumah kerana tandas adalah rumah syaitan -(HR. Bukhari).)

Ilmu akan berkembang sehingga ke kedai kopi; (Perkembangan ilmu yang pesat sehingga ada pelbagai jenama suratkhabar, televisyen, internet dan lain-lain alat media massa)

Orang lebai akan banyak (makin ramai yang pandai agama)

Orang cerdik akan bertambah, Orang pandai pun akan ramai; (ramai yang berkelulusan tinggi dalam akademi)


Tapi HAK YANG SATU itu memang payah;
(maksud HAK YANG SATU adalah agama Islam. Manusia menjadi sukar untuk melaksanakan suruhan Allah seperti solat jemaah di masjid, menghadiri majlis ilmu, hukum Hudud, aurat dan lain-lain yang digalakkan dalam Islam.

Semuanya mudah dilihat”.

Semua apa yang dikatakan Tok kenali itu sudah terbukti kini.
 
 
 http://schods.blogspot.com/
 

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...