Khamis, 13 November 2014

Apakah Perbezaan Antara “SLEEP” Dengan “HIBERNATE”?

01_sleep_and_hibernate_options 
Pernah tak anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara “Sleep” dengan “Hibernate”? Padahal fungsinya lebih kurang sahaja. Tapi apakah berbezaan antara dua ini??

“Sleep” dan “Hibernate” adalah perkataan yang sering kali kita jumpa dalam laptop atau komputer kita. Apabila kita mahu tangguhkan kerja kita tanpa men’Shut Down’ komputer kita, kita akan pilih “Sleep” atau “Hibernate” . Namun tahukah anda bahawa kedua-dua ini memiliki perbezaan tanpa kita sedari.

Oleh itu, ingin kongsikan perbezaan antara dua perkara ini.




PERBEZAAN ANTARA “SLEEP” DENGAN “HIBERNATE”

1) Sleep
- “Sleep” ini seperti seolah-olah kita sedang pause DVD player – laptop dan terus berhenti daripada ‘bekerja’. Selepas itu, bersedia untuk mulakan kerja balik bila on laptop atau komputer tersebut
-   Langkah menjimatkan kuasa elektrik, komputer akan berhenti buat perkara yang sedang dibuat. Kiranya tak perlu lagi nak biar komputer load barang-barang startup, semua tu disimpan dalam RAM.

2) Hibernate
- Apabila ‘hibernate’, komputer akan simpan semua dokumen dan program dalam hard disk dan akan turn off (Bukan Shut Down) laptop atau komputer anda. Bila hibernate, laptop atau komputer hanya menggunakan sedikit kuasa berbanding dengan sleep.

- “Hibernate’ juga salah satu langkah menjimatkan kuasa elektrik, tapi langkah ini paling menjimatkan. Hal ini disebabkan laptop atau komputer tidak mengguna RAM dan simpan semua yang kita tengah guna dalam harddisk dan terus tidur separuh sedar. Jadi bila nak guna balik, laptop atau komputer akan panggil balik file yang terakhir yang kita guna. Fungsi ni selalu berguna untuk pengguna laptop sebab jimat bateri dan tidak payah nak biar komputer load barang-barang startup.

Kesimpulannya, “sleep” cepat sikit dari “hibernate” bila nak switch on balik komputer tetapi guna lebih kuasa elektrik berbanding “hibernate”. Cuma hibernate lambat sedikit berbanding “sleep”.
gilerkentang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...