Ahad, 23 November 2014

Pulau Kapal Perang Yang Tinggal Kenangan



Pulau Hashima yang dari jauh dilihat seperti sebuah kapal perang yang sedang berlabuh di tengah laut seolah-olah penuh dengan anak kapal yang sedang menunggu arahan tapi hakikatnya 'kapal' ini sebenarnya kosong tanpa manusia.

Pulau ini juga dikenali sebagai Gunkanjima bermaksud kapal perang ini pada asalnya adalah kediaman untuk pekerja-pekerja lombong arang batu.







Ia teah ditemui pada tahun 1187 telah mula didiami oeh 5250 orang yang dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk melombong arang batu kerana zaman itu arang batu mempunyai permintaan yang amat tinggi sebagai bahan bakar untuk kenderaan.

Pada tahun 1959 pulau tersebut telah mencapai kegemilangannya dimana ramai orang tertumpu disitu untuk bekerja dan Mitsubishi Corporation terpaksa membina penempatan dengan bagunan-bagunan kediaman yang tinggi untuk menampung penduduk yang semakin bertambah




Selain perumahan pulau tersebut turut dilengkapi dengan hospital, panggung wayang, restoran dan bar untuk penduduk pulau ini seolah-olah sebuah bandar atas kapal.

Bagaimanapun zaman kegemilangan pulau tersebut mula muram apabila selepas perang dunia kedua permintaan terhadap arang batu mulai kurang kerana penemuan petroleum telah menggantikan penggunaan arang batu.

Akhirnya penduduk pulau tersebut mula berpindah ke daratan untuk mencari peluang pekerjaan baru dan kini terbiar tanpa berpenghuni dan dikatakan teah menjadi sebuah pulau yang berhantu.




Pulau kini sudah tidak terurus dan kelihatan seperti sebuah bandar berhantu dan amat menyeramkan dengan bagunan yang mula buruk dan runtuh manakala tumbuhan liar mula tumbuh.- Siakapkeli.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...