
Imam al-Bukhari
rahimahullah meriwayatkan daripada Sayyidina `Ibnu `Abbas radhiyaAllahu
`anhuma bahawasanya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam
membaca wirid di atas ketika mendapat kesusahan.
Imam al-Haddad pernah
ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan
kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-
Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.
- kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;
- (lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;
- panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan
- makan sesuatu yang syubhat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan