Khamis, 13 November 2014

Tips Mudah Bersyukur

Tips Mudah Bersyukur
Tips Mudah Bersyukur

Setiap pagi bila kita bangun dari tidur, perkara pertama yang harus kita buat adalah mengucap syukur kepada Allah kerana masih diberikan nyawa untuk terus hidup. Namun pastinya ada diantara kita yang mungkin terlupa untuk bersyukur coz ianya dianggap seperti rutin harian. Kerdilnya diri kitakan...Tapi tak apa masih belum terlambat untuk kita memperbetulkan diri kerana ada beberapa tips yang nak kita kongsikan yang boleh mendidik hati kita untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur. Antaranya:
 

1. Biasakan diri kita dengan ucapan "Terima Kasih". Ingat manusia yang sukar berterima kasih dengan manusia pastinya lebih sukar berterima kasih dengan Allah.

2. Sentiasa ingat akan perkara-perkara baik yang terjadi kepada diri kita. Samada perkara yang besar maupun kecil. Contohnya kejayaan dalam hidup. Rezeki yang melimpah ruah. Keluarga yang bahagia.

3. Bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih susah. Bandingkan kesempurnaan wajah kita yang diberikan Allah berbanding mereka yang tak sempurna atau bandingkan "kelebihan juadah" yang diberikan Allah berbanding mereka yang tidak punya makanan untuk hidup.

4. Sentiasa muhasabah diri. Senaraikan perkara-perkara yang kita terlepas pandang atau anggap remeh dalam hidup kita tapi besar hikmahnya. Udara yang kita sedut untuk bernafas, telinga yang boleh mendengar, mata yang boleh melihat serta mulut yang boleh bercakap atau makan. Siapalah kita tanpa nikmat ini.


Semoga tips ini dapat membantu untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah.


 myblogsantai.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...