Eh, ubi kentang? Atau gila kentang!!
Ubi atau nama scientific nya Solanum Tuberosum adalah sejenis
makanan yang tidak asing lagi bagi kita. Percaya atau tak kebanyakan
dari kita makan ubi secara sengaja atau tak sengaja. Secara sengaja
bermaksud frech fries, ubi bakar. Tak sengaja pula bermaksud dalam
kuah-kuah ke, roti ke.
Kali ini, I tertarik nak post sesuatu mengenai ubi (russet potato) kerana gambar dibawah ini!
Ketinggian pokok ubi ini ialah ~60cm |
Tau tak kat mane ni? Jawapannya didalam bilik tidur! MUAHAHA. Apa
salahnya bercUcUk tanam dalam bilik tidur? Memang menyamankan! Silalah
cuba! Niat asalnya nak makan ubi tu, tapi dah tumbuh pucuk sikit jadi
langsung bela sampai panjang macam tu. Dan panjang ini dicapai hanya
dalam 1 bulan! Cepatkan! Agaknya die suka kat tuan dia kot. Pandai
jagalah katakan. HAHA.
Di luar sana, terdapat banyak sangat jenis ubi manakala cara masakan juga pelbagai. Antaranya:
Sedap bukan? I rasa readers perlu tahu bahawa hanya dengan melakukan
habit harian untuk memakan ubi sudah cukup membuatkan anda sihat dan
maintain body shape forever! Ini kerana ubi mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan mineral yang lengkap untuk badan manusia melainkan vitamin A
dan D yang terdapat didalam susu dan butter. Kajian oleh pihak University of California, USA telah menunjukkan seseorang boleh menurunkan berat badan malahan mengekalkan bentuk ideal badan dengan memakan ubi!
Antara 10 negara-negara PENGELUAR ubi yang terbesar di dunia pada tahun 2010 ialah:
1) China 74.8 million tons metric
2) India 36.6 million tons metric
3) Russia 21.1 million tons metric
4) Ukraine 18.7 million tons metric
5) Unites States 18.3 million tons metric
6) Germany 10.2 million tons metric
7) Poland 8.8 million tons metric
8) Bangladesh 7.9 million tons metric
9) France 7.2 million tons metric
10) Netherlands 6.8 million tons metric
Diharapkan maklumat mengenai ubi ini berguna untuk anda. Jadi apa lagi nak ditunggu lagi? Lepas ini pergilah beli ubi banyak-banyak dan masak! Boleh elakkan sikit dari selalu makan nasi dan cuba variety baru. Ubi pun affordable what? Chill out readers!
Source: Wikipedia/ menerusi http://yellowcatch.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan