Isnin, 17 November 2014

Cara mudah untuk senang – Bahagia


bahagia 300x225 Cara mudah untuk senang   BahagiaSemua orang nak senang. Tapi persoalannya ada tak cara mudah untuk senang?

Ketika saya bekerja di sebuah syarikat di Petaling Jaya dulu, saya menumpang kereta seorang kakak yang bekerja di tempat yang sama. Setiap kali dia melihat orang dengan kereta besar siap dengan drebar, dia akan berkata, “kalau kita kaya tentu seronok kan!”.

Biasanya saya akan sambut dengan senyuman sahaja tanpa ada jawapan sama ada setuju atau tidak. Begitulah sepanjang masa, setiap kali dia ulang ayat yang sama, saya hanya tersenyum.

Satu hari dia bertanya, “Shubhi!, kamu tak teringin nak kaya ke?”

“Kenapa kakak tanya macam tu?”, tanya saya.

Ya lah, setiap kali kakak cerita pasal kaya, kamu buat dek saja!”, rungutnya.

Saya terangkan pada kakak itu, semua orang nak kaya. Mungkin hanya orang yang tak berapa normal saja yang tak mau kaya. Memang saya mahu jadi kaya, tapi bagi saya kaya bukan jaminan untuk seronok atau bahagia.



Jadi kalau kita mahu tunggu kaya baru nak bahagia, itu satu perbuatan yang sia-sia. Belum tentu lagi bila kaya kita akan bahagia.

Cara mudah untuk senang dengan kaya

Ramai orang yang menunggu untuk kaya baru nak bahagia, macam kakak yang saya tumpang itu. Tapi kebiasaannya mereka tak akan kaya-kaya. Bahagia yang dinantikan tak tiba.

Lebih malang lagi apabila mereka kaya, bahagia tak juga datang. Lalu mereka kejar untuk jadi lebih kaya lagi. Bahagia tak datang juga dan begitulah seterusnya. Mereka kejar untuk jadi lebih kaya dan kaya sampai maut datang dimuka pintu.

Cara paling mudah yang terbukti berjaya untuk senang adalah dengan bahagia. Belajarlah untuk bahagia dengan keadaan sekarang, walau apapun nilai kekayaan yang kita ada, insyaallah kesenangan akan menyusul.

Senang merupakan produk atau hasil daripada rasa bahagia.

Cara mudah untuk senang dengan kerjaya

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh orang ramai adalah dalam bab kerjaya. Ramai yang tak seronok dengan kerjaya mereka. Bila jadi beigtu, mereka akan mengharapkan untuk mendapat kerjaya yang lebih baik
.

“Kalau aku dapat kerja kat syarikat itu tentu aku bahagia!”, itulah harapan kita. Kita meletakkan syarat untuk bahagia.

Kadang-kadang kita berangan-angan nak naik pangkat atau tukar jabatan. Kalau dapat tukar jabatan atau naik pangkat, kita rasa akan bahagia. Lalu kita berangan-angan bahagia kalau dapat semua itu.

Itu juga salah!. Bahagia terlebih dahulu dengan kerja yang kita sedang lakukan sekarang, sudah pasti pangkat akan menyusul. Sudah pasti berebut boss dari jabatan lain mahu mendapatkan anda.

Kejayaan dalam sesebuah kerjaya akan menyusul apabila kita rasa bahagia dengan apa yang sedang kita lakukan.

Cara mudah untuk senang dalam rumahtangga

Satu lagi masalah besar dihadapi oleh orang kita sekarang adalah masalah rumahtangga yang tak bahagia. Isteri rasa tak bahagia dengan suami dan suami juga rasa tak bahagia denagn isteri.

Bila jadi begitu masing-masing mula cari salah pasangan. Apa saja perkara kecil yang tak kena akan dibesarkan. Segala usaha ditumpukan untuk menyakitkan hati pasangan.

Isteri menyesal berkahwin dengan suami dan menyakitkan hati suami dengan berkata, kalau aku kahwin dengan si anu itu, tentu aku senang sekarang. Begitulah sebaliknya berlaku pada suami. Kalau aku kahwin dengan awek itu tentu perkahwinan aku bahagia sekarang.

Selagi suami atau isteri meletakkan syarat untuk bahagia, sampai bila-bilapun bahagia tak akan muncul. Seandainya suami atau isteri buat keputusan untuk bahagia dengan pasangan yang ada. Insyaallah senang akan datang menyusul.

Buat keputusan untuk bahagia sekarang juga

Cara mudah untuk senang sebagaimana yang kita sedia maklum adalah dengan berusaha untuk rasa bahagia. Buat keputusan untuk bahagia dan kekang diri daripada rasa kecewa atau tidak bahagia. Kita sentiasa ada pilihan selagi tidak membenarkan perasaan menguasai diri.

Sebaik saja kita buat keputusan untuk rasa bahagia, senang akan datang menyusul secara tidak disedari. Jika kita berusaha untuk kaya, insyaallah kaya akan datang. Begitulah juga kita berusaha untuk kerjaya, kesenangan dalam kerjaya juga akan datang.

Begitu juga hubungan suami isteri, buat keputusan untuk menerima keadaan pasangan masing-masing dan cuba selak kebaikan dan redha dengan keburukan disamping membantu membaikainya. Rasa bahagia akan muncul dan seterusnya kesenangan akan datang menyusul.

Secara ringkasnya, bahagia terlebih dulu, insyallah kaya akan datang menyusul. Bahagia dulu, insyaallah kerjaya yang bagus akan datang menyusul dan begitulah juga bahagia dulu, kesenangan bersama pasangan akan datang menyusul.

Untuk bahagia kita perlu terima keadaan diri tanpa syarat. Buruk atau baik, banyak atau sikit, jauh atau dekat, hensem atau hodoh, terima saja. Cuba cari kebaikan atau hikmah disebalik yang buruk dan berikan tumpuan pada yang baik. Dari situ kita akan mula bersyukur, dan seterusnya bahagia akan menjelma.

Begitulah lebih kurangnya cara mudah untuk senang. Buat diri sendiri dan buat mereka yang mencari formula untuk senang
 http://hidupringkas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...