Ahad, 16 November 2014

Kebenaran Jenis-Jenis Hati Manusia

hati 
Hati. Apa itu hati?? Hati merupakan salah satu benda yang sukar untuk orang lain melihat, malah diri sendiri pun adakalanya tidak faham dengan hati sendiri. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh melihat dan mengetahui segala selok belok dalam hati seseorang itu. Saidina Ali berkata, ” Bekas-bekas Allah di dalam dunia ini adalah hati.”
 
Namun, hendaklah kita ketahui bahawa terdapat beberapa jenis hati manusia yang digariskan dalam Islam. Jom kita ketahui apakah jenis-jenis hati kita selama ini, sama ada baik ataupun tidak baik.
  


JENIS-JENIS HATI MANUSIA

1) Hati Yang Tercemar
- Hati yang tercemar adalah hati yang di dalamnya terdapat kekotoran seperti sifat hasad, sombong, bohong dan sebagainya. Apabila turun rahmat dan ilmu ke dalam hati ini, tercemarlah rahmat tersebut oleh kekotoran yang ada di dalam hati itu. Seperti yang disebut Allah s.w.t: “Tidakkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka dan disesatkan oleh Allah dengan ilmu mereka”. Ilmu tetap masuk, tetapi kerana setitis hawa nafsu, ianya dapat mencemarkan selautan ilmu. Inilah perumpamaan bagi hati yang dicemari oleh kekotoran.

2) Hati Yang Pecah
- Hati yang pecah adalah hati manusia yang melakukan maksiat. Setiap kali dia melakukan kebaikan, dia akan melakukan maksiat selepas itu. Hadir majlis ilmu di masjid, tetapi bila keluar dari majlis terus mengumpat orang lain. Berzikir dan solat, tetapi tidak menjaga pandangan dan batas pergaulan. Maka tidak sempat pun rahmat yang diturunkan oleh Allah kekal di dalam hatinya melainkan ianya keluar disebabkan maksiat yang dilakukan.



3) Hati Yang Tertutup
- Hati yang tertutup adalah amat bahaya bagi manusia. Bagaimana rahmat Allah nak masuk kedalam hati kita jika ianya tertutup. Hati yang tertutup ini adalah sifat manusia yang suka membangkang. Membangkang Allah, membangkang orang-orang yang soleh dan apabila dia menghadiri satu majlis yang baik, dia akan mencari kesalahan orang. Seperti yang disebut Rasulullah s.a.w: “Empat golongan yang tidak diampunkan dosanya pada bulan Ramadhan, antaranya adalah dosa derhaka kepada ibu bapa, peminum arak, dua orang yang bermusuh dan yang memutuskan silaturrahim. Maka memang tidak akan masuk rahmat ke dalam hatinya.

4) Hati Yang Suci
- Harap hati kita semua jenis hati yang ke-4 ni. Hati yang jernih, bersih dan menerima rahmat dari Allah. Hati yang suci ini, jika diisi dengan majlis ilmu, berzikir dan solat maka penuhlah ia dengan rahmat Allah.

6 Cara Merawat Hati Manusia Menurut Islam.

  1. Banyakkan bertaubat.
  2. Membaca Al-Qur'an serta amalkannya.
  3. Jalinkan ukhwah antara manusia.
  4. Perbanyakkan solat malam.
  5. Perbanyakkan puasa sunat.
  6. Banyakkan berzikir.

13 Perkara Yang Menenangkan Hati.

  1. Mengerjakan Solat Wajib di awal waktu.
  2. Mengerjakan solat sunat.
  3. Bersedekah dengan hati yang ikhlas.
  4. Berzikir.
  5. Menolong orang yang susah.
  6. Beriktikaf di dalam masjid.
  7. Mendengar ceramah agama.
  8. Membaca Al-Qur'an dan memahami isinya.
  9. Berpuasa sunat.
  10. Menolong ibu bapa.
  11. Memaafkan orang lain dan meminta maaf jika ada kesalahan.
  12. Mendoakan kesejahteraan semua orang.
  13. Bersangka baik sesama makhluk.

 Hati ibarat tin yang kosong dan rahmat Allah ibarat air. Jika elok tinnya maka eloklah air yang terkandung dalam tin tersebut. Oleh itu, sekiranya kita kenal pasti masalah hati kita, bertaubat dan berusaha untuk perbaikinya selagi pintu taubat masih terbuka untuk diri masing-masing. Masih belum terlambat untuk kita berada jalan yang benar
 minus-ska.blogspot menerusi giler kentang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...