Ahad, 9 November 2014

Tips -Kecewa Tiada Zuriat?Tips Hadapi Ujian Allah ( Menarik )

Hari ni nk share beberapa tips untuk mereka yang berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata.

1) Bersangka baik kepada Allah
- Berterusan bersangka baik pada Allah kerana Allah Maha Baik. Jangan sesekali menyalahkan diri sendri dan juga takdir. Sesungguhnya Allah Maha Tahu.

2) Sujud syukur
- Buatlah sujud syukur kerana masih belum dikurniakan anak. Berapa ramai antara kita sanggup bersyukur apabila ‘tidak memiliki’ sedangkan kita kebiasaannya hanya akan bersyukur bersungguh-sungguh tatkala kita ‘memiliki’
sujud syukur




3) Formula nabi
-Nabi berpesan, ‘Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu’

4) Mengapa Dia masih belum beri anak?
- Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. tapi jawapannya hanya satu kerana DIA MAHA BAIK!!

5) Fokus
- Jangan fokus kenapa masih tidak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa MEMUJI ALLAH tanpa henti2 24jam/7hari/siang dan malam/seumur hidup.

doa untuk dapat zuriat BerDOAlah nescaya Allah akan makbulkan..klu tidak sekarang inshaAllah one fine day.

6) Belajar Mengawal Minda Kita
- Kurangkan semua perasaan sedih. Alihkan kepada semua realiti dalam hidup yang menggembirakan kita selama ini.

7) Berlapang dada dan senyum selalu
- Jika kita sentiasa berlapang dada (positif), hidup kita akan bertambah ceria. Aura positif akan melekat pada kita dan dengan beraura positif inshaAllah kita akan mendapat apa yang kita impikan.

baby sedih Elakkan bersedih untuk jauhkan dari aura negatif

8) Jadilah insan paling bahagia tanpa.
- kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita. Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Dia Maha Tahu
- Atas segala usaha dan doa, DIA masih memilih kita untuk tidak dikurnikan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat dan ketika ini.

10) Usah bimbang dan risau
- walaupon belum dikurniakan zuriat, usahlah kita hidup dalam keadaan bimbang dan risau.

11) Usah merungut
- mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita bersungut dengan Allah
 http://vitaminsite.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...