Anak Suka Tengok Kartun?
Kebanyakan ibu-bapa mengalami masalah ini. Bila anak mula ‘ketagih’ tonton TV, semua kerja tidak jadi. Sehinggakan sampai satu tahap di mana anak sudah pandai menjawab, “Kejap….. kejap…..” sambil matanya terus merenung skrin televisyen. Ada anak yang matanya ‘dekat’ sangat dengan TV. Sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan rabun. Ini bukan soal Astro yang ada banyak rancangan menarik semata-mata, ia lebih kepada ‘approach’ dan mekanisme ibu-bapa mengawal anak-anak. Jika dihalang tengok TV, pandai pula cari iPad atau tablet milik ibu-bapa.Mari kita lihat, bagaimana cara mengatasinya.
1. Sediakan jadual menonton TV

Buat peraturan dalam rumah. Terapkan rasa tanggungjawab.
Anak akan rasa tanggungjawab. Apabila terlebih masa, kita boleh kata, “Haaa… dan pukul berapa dah ni? Mama cakap sampai pukul berapa”. Bila kata-kata begitu keluar dari mulut ibu-bapa, mereka terpaksa akur dengan arahan. Bukankah jadual itu yang dipersetujuinya dahulu?
Kalau main gajet, tetapkan masa berapa lama mereka boleh tengok YouTube. Hadkan masa dengan cubaan 1 jam dahulu.
2. Kenalpasti rancangan kegemaran anak

Hubungan kekeluargaan lebih erat jika tonton TV bersama-sama
Seperkara lagi, jika anak ‘buat muka’ tidak dapat tengok TV, usah benarkan anak buka komputer atau PlayStation. Tiada maknanya berbuat begitu. Jika ada YouTube, lebih mudah. Berikan anak tonton Upin & Ipin yang bukan sahaja menarik, malah memberi ilmu pada anak kita.
3. Tutup TV, Sorokkan Gajet

Biar anak menangis tidak dapat tengok TV
4. Banyakkan aktiviti bersama anak

Bayangkan kalau anak jumpa air?
Bila tiada orang melayan mereka, sebab itu mereka beralih ke kaca televisyen. Pada hujung minggu, buat aktiviti luar atau dalam rumah bersama mereka.
5. Keluar dari rumah

Hanya di Tokyo, Jepun! Seronok ada basikal sebegini
Beralih kepada aktiviti luar rumah seperti main basikal dan bola bersama-sama. Jika kawasan berdekatan ada kelas-kelas sukan, masukkan mereka dalam kelas seperti Tae-kwon-do, Aikido, badminton dan lain-lain.
6. Belikan buku dan galakkan anak membaca

Biar adik kacau abang masa membaca buku
7. Tunjukkan tauladan yang baik

Tengok Upin dan Ipin episod Boria Suka-Suka pun seronok juga
Kalau mahu anak jauhkan diri dari TV, ibu-bapa juga perlu menahan sabar dan keinginan menonton TV juga. Apa perasaan anak kalau ibu-bapa bagaikan perumpamaan ‘Seperti ketam mengajar anaknya berjalan’? Tentu dalam diam anak berkata berkata, “Eleh, mama tak bagi kita tengok TV. Mama tengok tu boleh?”. Apa nak jawab kalau anak menyuarakan perasaan tidak puas hati dan protes sebegitu?
Sebaiknya, ajak anak tengok bersama. Beralah sedikit dengan mereka. Tonton rancangan kegemaran mereka sekali. Jika anak suka tengok “Upin dan Ipin”, apa salahnya kita tonton bersama?
Selamat mencuba!
siraplimau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan