Rabu, 12 November 2014

Zikir Menanam Tanaman Di Syurga




Menanam Pohon Kurma

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah Wabihamdih, maka ditanamkan baginya sebatang pohon kurma di Syurga".
Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)
[video 0:50]




Timbangan Amal

Surah al-Mu'minun, ayat 102-103
"Barang sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang mendapat keuntungan".
[QS 23:102]
"Dan barang sesiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya, mereka kekal di dalam neraka Jahannam".
[QS 23:103]

Surah Al Anbia', ayat 47
"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan".
[QS 21:47]

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzim


Hadis Nabi s.a.w.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dua kalimat yang ringan diucapkan dan amat berat di dalam timbangan serta dicintai oleh ar-Rahman adalah Subhanallah wa Bihamdihi (Maha Suci Allah dan dengan memujiNya) dan Subhanallahil Azim (Maha Suci Allah yang Maha Agung).
Hadis riwayat al-Bukhari 7/168 dan al-Muslim 4/2072

Tanaman Di Syurga

Daripada Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim pada malam aku diangkat ke langit, Ibrahim berkata kepadaku, ya Muhammad sampaikanlah Salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka sesungguhnya Syurga itu tanahnya bagus, buminya subur, airnya jernih dan sesungguhnya ia adalah tanah datar yang luas dan tanamannya ialah Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar".
Riwayat Tirmidzi, status hadis - Hasan (baik)
[video 3:19]



Amalan Paling Baik

Daripada Abu Darda' r.a., Nabi s.a.w. bersabda,
"Mahukah aku beritahu amalan yang paling baik dan paling bersih di hadapan raja kamu? Amalan ini akan mengangkat darjat kamu kepada darjat yang paling tinggi dan ia lebih baik bagi kamu berbanding kamu mengeluarkan sedekah emas dan perak. Dan ia lebih baik bagi kamu berbanding kamu berjumpa dengan musuh kemudian kamu menebas leher mereka dan mereka memotong leher kamu".
Sahabat menjawab, "Nak ya Rasulullah, apakah yang lebih besar ini?"
Bersabda Nabi s.a.w., "Berzikirlah kepada Allah".
Riwayat Tirmidzi, status Sahih
[video 9:40]

Perihal Berzikir Dengan Biji-Biji atau Tasbih

Daripada Sa'ad bin Abi Waqas r.a., sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w. pergi menziarahi seorang wanita di antara dua tangannya ada biji-biji (batu² kerikil atau biji² tamar), dia bertasbih dengannya, maka diriwayatkan Nabi s.a.w bersabda,
"Aku beritahu kamu dengan cara yang lebih mudah atau lebih afdlal daripada yang sekarang kamu lakukan, kamu ikutlah apa yang aku katakan, Subhanallah ‘adada ma khalaqa fis sama`i, wa Subhanallah ‘adada ma khalaqa fil ardhi, wa Subhanallah ‘adada ma khalaqa baina dzalika, wa Subhanallah ‘adada ma huwa khaliqun, wallahu Akbar, wal Hamdulillah, wa la Ilaha illa Allah, wa la haula wa la quwwata illa billah".
Maksudnya:
Maha Suci Allah sebanyak apa yang diciptakan di langit; Mahasuci Allah sebanyak apa yang diciptakan di bumi; Maha Suci Allah sebanyak apa yang diciptakan di antara langit dan bumi; Mahasuci Allah sebanyak apa yang diciptakan; dan Maha Besar Allah seperti itu; dan segala puji bagi Allah seperti itu; dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain daripada Allah seperti itu; dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah seperti itu".
Riwayat Tirmidzi, status Hassan (tapi ada pendapat ulama' mengatakan Hadis ini Daif (lemah)
[video 13:20]

→ Huraian Ustaz Dr. Abdul Basit Abu Anas Madani berkaitan Hukum Berzikir Dengan Tasbih..

Harta Kekayaan Dari Gedung Syurga

Daripada Abu Musa Al Ashaari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ku,
"Hai Abu Musa, mahukah kamu aku tunjukkan harta kekayaan daripada Gedung Syurga..?"
Abu Musa menjawab "Ya ya Rasulullah".
Nabi s.a.w. mengatakan "La hawla Wala Quwwata Illa billah".
Riwayat
[video 21:41]
 http://mindloading.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...