Ahad, 23 November 2014

Cara Semak Status Halal Jakim Online Dan SMS

Cara Semak Status Halal Jakim
Cara Semak Status Halal Jakim Online Dan SMS | Terlalu banyak barangan tidak halal masa kini kerana ada peniaga yang hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam di Malaysia. 

Oleh itu semakan status halal online mampu merealisasikan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kredibiliti halal dengan menjadikan masyarakat Malaysia yang memiliki jaringan sistem telekomunikasi yang baik disamping telefon bimbit yang canggih sebagai pemantau barangan halal secara tidak langsung selain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama JAKIM.

Pengguna boleh mengakses maklumat halal dengan cara-cara berikut : 

 Cara Semak status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
Cara semak status HALAL melalui SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.mysms.gov.my.
Semuga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.
Nota : Sangat digalakkan untuk copy paste, ReTWEET, Like FB dan Share FB untuk sebarkan infomasi MAHA penting ini keseluruh alam.
http://rossacalla.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...