Sabtu, 22 November 2014

Tips - Anda Ada Kudis Buta ? Ini Ubatnya

                                               KUTU KUDIS BUTA
Tanda-tanda :

  • kegatalan kulit yang amat sangat,terutamnya pada waktu malam atau selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan menggaru.
  • bintik  merah-terutamanya pada tapak tangan dan kaki.
  • garisan hitam beralun dan pendek pada kulit-tempat korekan kutu.



Kawasan Jangkitan :
  • celah-celah jari.
  • tapak tangan
  • pergelangan tangan
  • kawasan kemaluan
  • punggung
  • sekitar pusat
  • celah-celah ketiak
  • siku
  • kaki dan buku lali.
Cara jangkitan :
  • sentuhan kulit ke kulit
  • menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti.
Rawatan MODEN
  • Losyen benzyl benzoate
  • krim gamma benzene hexachloride
  • Losyen malathion. 

    •  Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
    • Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
    • Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
    • Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama.
    • Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim pembunuh serangga atau losyen .
  • Cara menggunakannya UBAT
  • Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Pengunaan berus kecil boleh membantu.
  • Bersihkan selepas 24 jam.
  • Permethrin sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
  • Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
** Tidak boleh digunakan terhadap bayi berusia kurang dari 2 bulan.
Langkah berjaga-jaga
  • Elakkan ubat dari terkena mata.
  • Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
  • Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia 2 bulan hingga 2 tahun.
Losyen Malathion
Cara menggunakannya
  • Sapu ubat ke seluruh badan termasuk kulit kepala, leher dan belakang telinga. Beri perhatian terhadap celah-celah jari kaki dan tangan dan di bahagian hujung kuku. Pengunaan berus kecil boleh membantu.
  • Bersihkan selepas 24 jam.
  • Malathion sepatutnya disapu sebanyak dua kali, dengan jarak selama satu minggu di antara rawatan.
  • Ubat perlu disapu semula jika tangan dibasuh sebelum cukup 24 jam.
Langkah berjaga-jaga
  • Penggunaan serentak Malathion dan krim lain.
  • Elakkan ubat dari terkena mata.
  • Jangan disapu ke atas kulit yang luka atau dijangkiti kuman.
  • Dapatkan bantuan perubatan untuk bayi berusia kurang dari 6 bulan.
CARA RAWATAN TRADISONAL ;

BIJI KANI / MAJAKANI ( MERAWAT LUKA/ KUDIS BUTA )



CARA MENGGUNAKANYA

BASAHKAN BIJI KANI DAN ASAHKAN DI ANAK LESUNG ATAU PASU.
BUBUH AIR SEDIKIT DAN SAPU  PADA KUDIS BUTA. BUATLAH BERULANG  KALI SEHIGGA SEMBUH . CUBALAH......SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA.
 kalamkasih.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...