Pukul
berapakah kita biasanya bangun daripada tidur?Jika hari bekerja atau sekolah,
mungkin kita mampu untuk bangun lebih awal namun jika hari cuti umum, adakah
kita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain ? Amat rugi jika kita
menghabiskan waktu yang sangat bermanfaat untuk tidur. Sabda Rasulullah SAW,
"Ya Allah berikan keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." riwayat
al-Tarmizi
Sebenarnya,
sewaktu kita tidur ada yang sedang menantikan kita. Dia tidak pernah tidur dan
sentiasa hendak mengganggu kita bahkan waktu tidur. Siapa? syaitan lah yang
selalu hendak menggoda kita. Ketika kita tidur, dia datang membawa 3 rantai
untuk merantai seluruh badan kita. Pertama kita dirantai pada kepala, kedua
badan dan ketiga pada kaki. Syaitan mengikat pada seluruh badan kita supaya
kita malas untuk bangun pada waktu subuh. Tapi walaupun ikatan rantai ini
begitu kuat, ada caranya untuk kita melepaskannya. Nabi kita mengajarkan tiga
perkara untuk meleraikan ikatan semua rantai ini.
Pertama,
ketika bangun bacalah Bismillah dan doa bangun tidur. Maka terlepaslah ikatan
rantai yang pertama. Kedua lepas bangun, kita terus ke bilik air dan ambil
wudhuk. Maka terlepaslah ikatan yang kedua. Terakhir kita dirikanlah solat,
maka terlepaslah ikatan yang ketiga. Kita tafakur sejenak, imbas semula ke
belakang. Adakah semua rantai tersebut sudah terlepas dari badan kita? Mungkin
kita sehari-hari merasa tidak bermaya, tidak tenang dan berserabut disebabkan
masih ada rantai yang belum putus di badan kita. Kalau ada, cepat-cepatlah
mencari kunci untuk meleraikannya..., rajin-rajinlah berzikir, berselawat dan
bertasbih kerana syaitan kan terseksa bila bibir tidak henti-henti melakukannya
Tidur
yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan
baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi
tahap kesihatan serta emosi kita. Punca utama kerosakan hati adalah:
· Tidur terlalu
lewat dan bangun
lambat adalah penyebab utama
· Tidak buang air
kecil di pagi hari.
· Terlalu banyak
makan.
· Tidak mengambil
sarapan.
· Mengambil
terlalu banyak ubat-ubatan.
· Mengambil
terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
· Mengambil
terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan
berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti
minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika kita dalam keadaan
letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
· Mengambil
terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati.
Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja.
Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita
harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan
yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan
menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fahami bagaimana
tubuh kita berfungsi:
Malam
(9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-
toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam
waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti
mendengar berzikir. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan
aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat
kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya. Sebolehnya cuba
hindari, jangan amalkan hingga melewatkan masa berehat
Malam
di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus
dilakukan dalam keadaan tidur
nyenyak.
Tengah
malam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga
dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah
malam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana
itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini kita akan
mengalami batuk yang sangat kuat. Memkitangkan proses de-toxification telah
sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini
kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal
pagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, kita harus
mengosongkan usus.
Pagi
(7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini.
Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul
6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin
kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan
mereka. Namun jika kita terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am
sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewat
dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang
tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah
malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh
kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Ramai
di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan
solat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya
ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas. Berikut adalah
beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini:
1.
Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi.
2.
Ambil wuduk sebelum tidur.
3.
Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4.
Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5.
Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
7.
Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8.
Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9.
Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu kita. Pastikan
ia berkualiti.
10.
Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan kita. Mungkin
minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari kita sekiranya masih sukar untuk
bangun!
Sebagai
orang islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solat
subuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikan secara berjemaah di masjid, namun
manfaat bangun awal bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat di
masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut
kesihatan.Maka sebab itulah islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awal
pagi dan mengelakkan kita tidur selepas waktu subuh. Berikut adalah merupakan
manfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:
1.FIKIRAN
MENJADI LEBIH SEGAR.
Bangun
seawal pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih
segar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan strees dalam diri kita.Fikirkan
yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang di lakukan pada hari tersebut
menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon koristol mula meningkat dalam
badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.
2.DAPAT
MENGAMBIL SARAPAN.
Bangun
di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke
pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan
tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan
kajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang
kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan
oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya
jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kerana
kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
3.DAPAT
MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN.
Senaman
pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkan
senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan
nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain
kerana akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga
akan dapat menikamati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangat
bermanfaat untuk kita. Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah berilah
keberkatan kepada umatku pada waktu pagi" terutama sekali bagi menjana
vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.
4.TIDAK
TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.
Jika
kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan
segala sesuatu dalam satu masa. Keja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan
membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan,kita akan tertinggal banyak barang
yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan
kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi, bangun awal pagi
membolehkan kita merancang aktiviti dengan sempurna dan terancang.
Kita
tengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama
Allah
menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telah
menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanya
terbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklah
dari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAW
yang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat
ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”. Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah
thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati
umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan
yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha
yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku,
bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan
orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara
terbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata
Nabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah
(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan
kejayaan”. Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat
Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas
solat Subuh dan Asar: “‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh,
kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di
sisi orang yang beraqal.”. Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatku
yang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya. Disebutkan
ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari
kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan uzur.
Rezeki
ialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT dan dapat dimanfaatkan
manusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apa
sahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki. Orang yang
mendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yang
halal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah.
Kita
tengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan
Fakta
6 kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan
gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini
juga amat penting untuk tubuh badan kita. jika kita mandi sebelum waktu subuh,
ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh
badan kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah seperti
berikut:
1.
Kulit lebih lembut dan halus - Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang
“water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.
selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan
air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan
kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula
menjadi lebih lembut dan halus.
2.
Melancarkan peredaran darah - Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan
kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan
aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3.
Meningkatkan kesuburan - Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi
yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon
testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4.
Mengurangkan risiko darah tinggi - Untuk kita yang memiliki penyakit darah
tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita.
Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan
pulih.
5.
Mengurangkan tekanan serta tenang - Air yang sejuk akan melancarkan kembali
peredaran darah setelah lama berbaring. Buat kita yang mengalami depresi,
inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat
kepada mandi pagi sebelum subuh.
6.
Meningkatkan sel darah putih - Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel
darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya
tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah
untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Kebaikan
bangun awal pagi mengikut kata pakar / usahawan yang berjaya dan terkenal
Apabila
menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah
mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh
menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti kita. Selama 15 tahun,
Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul
4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The
Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan
bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan
masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana
menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan
beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade,
2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.
Kemungkinan
besar kita tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi
Seorang
usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika kita menunggu sehingga waktu
petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti
bersenam atau membaca, kita mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat
banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang.
Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.”
kata Vanderkam.
Kita
mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi
Walaupun
kita bukan seorang yang suka bangun pagi, kita mungkin akan merasa tekad yang
lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang.
“Tekad kita umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila
digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.
Bangun
di awal pagi memberi peluang kepada kita untuk menetapkan tenaga positif bagi
hari tersebut. Pernahkah kita menghadapi situasi di mana kita lupa untuk menetapkan
waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Kita
akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan
negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari
tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, kita berpeluang
memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif)
dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.
Kita sudah tahu
kebaikan bangun awal pagi, sekarang kita boleh buat pilihan untuk berubah atau
terus bangun lewat.
perjalanantanpahenti.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan