Ahad, 23 November 2014

Resepi kuah dhal sedap dan mudah

Dah lama rasanya tak masak kuah dhal. Kebetulan hari sabtu tu ada panaskan roti paratha buat sarapan , aku buat sekali kuah dhal dengan sambal ikan bilis sebagai pencicah. 




 
 
 
 

 
 
Bahan-bahan untuk memasak kuah dhal

(Bahan A)_
1)200gm genggam  kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2)sebiji terung bulat dikupas kulit  dan dipotong dadu
3)1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4)1/2 sudu besar rempah kari
5)garam secukup rasa

(Bahan B)
1)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2)1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3)Setangkai daun kari
4)1 cm halia-dimayang           
                                        
Bahan B ditumis sehingga naik bau dan layu
Cara memasak 1)Rebus kacang dhal sampai empuk 2)Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati 3)Masukkan  terung dadu dan  carrot dadu 4)Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat) 5)Dalam kuali , (tumis bahan B)  sehingga  naik bau.Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.
 

Kuah dhal sedia untuk dicicah dengan roti paratha jenama kawan
 
 Kuah dhal mesti ada sambal baru best.Aku buat sambal ikan bilis untuk dijudukan bersama kuah dhal
 
Roti paratha jenama kawan hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kualidengan membalik-balikkannya dua-tiga minit dengan api yang sederhana  sehingga garing.
 

Gabungan kuah dhal dan sambal ikan bilis  .
 iniblogcikinadodocheng.blogspot.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...