Khamis, 6 November 2014

Tips Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami. Guna Hipnosis!

Aduan Dari Pengirim

Saya bercinta selama 6 tahun dan telah berkahwin selama 14 tahun. Penantian untuk menimang cahaya mata selama bertahun-tahun, selepas 8 tahun akhirnya doa kami dimakbulkan. Hidup kami diselubungi bahagia. Namun saya fikir panas hingga ke senja, rupanya badai datang melanda.

Mula Hubungan Sulit di Facebook

Suamiku ini warak dan alim orangnya serta tidak pernah mengkhianati cinta. Namun sejak wujudnya Facebook, saya rasa dunia saya bagaikan neraka kerana suami saya suka bazirkan masa bermain ‘game’ di Facebook. Dan kemudiannya, dia berkenalan dengan seorang gadis yang tidak saya tahu muda atau tua.
Percintaan sulit mereka rasanya mencecah tempoh lima bulan dan sememangnya ianya sekadar berdusta kerana habis keburukan saya dijaja. Akhirnya saya dapat tahu juga. Mulanya bila saya tahu, rasa bagai mahu gila kerana saya percayakan suami saya 100%.

Perempuan Jaja Cerita

Perempuan itu mengadu pada suami yang kononnya saya maki dia apabila saya tahu tentang mereka. Suami percayakan perempuan itu dan mempertahankannya tapi Allah Maha Besar apabila dalam laman Facebook dia mengeji dan menghina saya serta menjaja cerita. Namun dia tetap mempertahankan diri dan tidak mengaku. Juga mengatakan saya yang bersalah walhalnya hak saya yang dirampas.

Perlukah Maafkan?

Dek kerana masih ada iman didada, saya masih menjaga tutur kata. Suami akhirnya memohon maaf dan mengakui kesalahannya namun hati saya benar-benar terluka kerana dia telah mementingkan perempuan yang baru dikenali di Facebook sehingga sanggup menggadai maruah saya dan memburukkan saya pada perempuan itu. Agak sukar untuk saya maafkan selagi maruah ini tidak terbela.
Bagaimana agaknya harus saya hilangkan rasa curiga, benci dan dendam yang masih menyesak di jiwa?
Menyedari kesilapan itu, saya bersetuju untuk rujuk kembali dengan harapan suami
Isteri Derita,
‘Identiti pengirim terpaksa dilindungi untuk tujuan keselamatan’


Solusi Dari Pakar

Persoalan pengadu ini telah dijawab oleh Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, PhD, BCH, CHt. . Maklumat lanjut mengenai beliau ada di bahagian akhir artikel ini.
Solusi buat pengirim,
Perasaan curiga, benci dan dendam yang dihadapi oleh sesiapa sahaja bukan hanya daripada seorang isteri ini memang agak susah dan sukar untuk dibaiki dan dibendung dengan cara segera. Ianya memakan masa yang agak panjang serta memerlukan bukti yang kukuh yang kecurangan yang berlaku tidak berulang kembali.

Rasa Diri Ditipu Suami Sendiri

Perasaan mempercayai semula seperti dulu ini tidak boleh kembali secara normal jika dipaksa. Ini kerana kekecewaan yang dialami oleh seseorang itu telah mengakibat kesakitan emosi yang disebabkan kecurangan pasangan. Mana-mana wanita sekali pun akan terasa yang dirinya ditipu, dizalimi, dipermainkan, tidak dihormati, merasai harga diri mereka rendah. Mereka juga telah membina persepsi negatif terhadap suami yang dihormati dan taat selama ini.

Bila Curang, Rasa Sayang Hilang

Perasaan kasih sayang seorang isteri terhadap suami sering dikaitkan sebagai “Final Love” apabila isteri menganggapkan suami itu sebagai Imam, pendorong, ketua, penyelamat keluarga dan yang boleh membawa isteri dan keluarga ke akhirat. Perasan ini akan terhapus secara berperingkat atau mendadak apabila berlakunya kecurangan, pembohongan, penipuan dan menjatuhkan air muka dan maruah seorang isteri di depan khalayak ramai. Penggunaan kata kata “malediction” atau sumpahan akan mendorong si isteri itu berasa jauh hati.


Dengan cara penggunaan Hipnosis dan Hipnotherapi perasaan begini boleh dibuang, walaupun tidak sepenuhnya tapi mampu mengubah perasaan isteri tersebut. Untuk mengembalikan perasaan seperti dulu ianya amat sukar dilaku tetapi tidak mustahil. Hanya masa, kaedah dan teknik akan menentukan kerana ianya melibatkan emosi, perasaan, pengalaman silam serta kerisauan terhadap perkara yang sama akan berlaku semula.

Hipnosis Suami, Selesai Masalah!

Di sini terdapat dua masalah yang berbeza. Pertama, wanita ini tidak lagi mempercayakan suaminya serta hilang rasa hormat dan kedua, suami wanita ini telah memusnahkan kepercayaan isterinya terhadap diri suami itu sendiri. Isteri hanya boleh melakukan hipnosis ini kepada dirinya sendiri sahaja.
Untuk melakukan hipnosis kepada suami, isteri perlu mempelajari cara-cara dan kaedah kegunaannya. Jika suami ingin membina semula kepercayaan isteri padanya, suami perlulah mengguna dan melakukan hipnosis ini terhadap isteri dan juga dirinya. Suami juga perlu mempelajari cara cara penggunaan dan kaedah Hipnosis.

5 Cara Hilangkan Rasa Curiga Pada Suami Curang

  1. Kaedah atau teknik yang terbaik, mujarab, cepat dan berkesan adalah dengan menggunakan cara dan kaedah Hipnosis dan Hipnotherapy. Hipnotherapy dapat menggubah minda serta membaik pulih kelakuan dan emosi seseorang.
  2. Teknik yang digunakan adalah seperti: “The Black Box”, “The Golden Box” atau “Washing Machine”. Teknik begini perlu dikawal selia dan bukan boleh dibuat tanpa pengawasan.
  3. Dengan cara Hipnosis, isteri mampu memaafkan serta melupakan kesilapan dan kesalahan yang suami telah lakukan. Tetapi, sekiranya perkara yang lalu berlaku semula seperti kecurangan, tidak menghormati isteri, memburuk-burukkan serta mengaibkan isteri di hadapan wanita lain, tindak balas isteri dan tidak mempercayai suami akan berlaku semula dan kali ini berganda.
  4. Isteri sekali lagi akan rasa tertipu dan dipermainkan. Memohon maaf kepada isteri kali ini akan dianggap sebagai satu lagi pembohongan yang lebih besar dan isteri tidak mempercayai.
  5. Isteri akan kehilangan kepercayaan dan hormat terhadap suaminya kerana kemaafan yang diberi kepada suami hanyalah untuk mengaburi mata isteri supaya suami boleh menyambung semula aktiviti yang dia tidak boleh lupa dan tidak boleh dipisahkan. Isteri juga beranggap memohon maaf kali ini juga adalah tidak serius.
sirap limau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...