Selasa, 4 November 2014

Fakta - Enam Jenis Teh Paling SEDAP Di Dunia

Salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia ialah TEH bukan? Baik teh ais, teh tarik mahupun teh o limau, semua orang sukakanya. Paling SYOK ketika tengok bola bersama rakan di kedai mamak sambil pekena teh tarik! Tapi tahukah anda walaupun terdapat pelbagai jenis teh didunia ini, pokok yang menghasilkannya SEJENIS sahaja iaitu Camellia Sinensis. Yang membezakan jenis teh ialah cara pemprosesan dan keadaan sekeliling penanamannya. Terdapat 6 jenis teh UTAMA iaitu: 


THE HITAM (BLACK TEA) 
 
 
Hitam?! Sebenarnya kalau anda ingin tahu, teh hitam ialah teh yang paling banyak diminum di seluruh dunia! (hampir 75%). Teh tarik, teh o ais dan seangkatan itu semuanya menggunakan teh hitam. Jadi walau pun namanya HITAM, tak semestinya warna teh memang warna hitam je! Cara PROSESNYA ialah setelah dibiarkan kering sepenuhnya, daun teh akan dioksidakan untuk membenarkan penyerapan oksigen. Sebab inilah kenapa daun teh itu bertukar menjadi hitam dan mempunyai rasa PAHIT. Kandungan CAFFEINE di dalamnya ialah 40mg/secawan. KELEBIHANNYA, teh hitam mengandungi kepekatan antioksida yang tinggi dan sangat berguna untuk mengawal kolestrol. Kajian sains membuktikan, individu yang minum 2 atau lebih gelas sehari mampu mengurangkan kebarangkalian diserang penyakit Stroke sebanyak 21%. 


THE HIJAU (GREEN TEA) 

Seperti yang diketahui, rasa teh ini tidak kuat dan kebiasaannya orang Cina selalu minum tanpa gula. Teh hijau DIPROSES dengan hanya dikeringkan sekejap sahaja dan terus dioksidakan juga dalam tempoh yang singkat. Jadi sebab itulah apabila direndamkan didalam air yang sederhana panas, kandungan CAFFEINE yang dihasilkan hanya 25mg/secawan. KELEBIHANNYA, teh hijau mengandungi EGCC, iaitu bahan antioksida yang dapat mencegah daripada pelbagai jenis penyakit kanser. American Institute for Cancer Research merumuskan, pengambilan secawan teh hijau setiap hari mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 10%. 


TEH OOLONG (OOLONG TEA) 

Berada ditengah-tengah antara hitam dan hijau, teh oolong mempunyai rasa yang sederhana dan mempunyai bau yang harum seperti bau bunga atau buah segar. Cara PEMPROSESANNYA sama seperti teh hitam cuma dioksidakan dengan tempoh yang lebih singkat. Kandungan CAFFEINE teh ini ialah 30mg/secawan. Oolong mempunyai KELEBIHAN untuk meransang enzim yang mencernakan lapisan lemak di dalam badan. Di sebabkan itulah telah terbukti bahawa wanita yang minum teh ini boleh membakar kalori lebih banyak daripada air kosong biasa. 


TEH PUTIH (WHITE TEA) 

Pernahkah anda menjumpainya? PROSES pembuatannya mungkin yang paling mudah kerana daun teh dipetik ketika sangat muda, dikeringkan dan tidak dioksidakan. Sebab itulah rasanya lebih segar, harum dan manis. Kandungan CAFFEINE pula ialah 15mg/secawan. KELEBIHANNYA menurut Joe Simrany, Presiden Persatuan Teh USA, seperti teh lain, teh putih juga mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Malahan pesakit diabetis sangat digalakkan meminum teh ini. 


TEH BERPERISA (FLAVOURED TEA) 

Jenis teh ini juga sangat mudah didapati di pasaran. PROSESS pembuatannya ialah dengan mencampurkan teh hitam, hijau atau putih dengan aroma extra seperti oren, lavender atau kayu manis. KELEBIHANNYA teh berperisa juga mampu mengawal pelbagai jenis penyakit malahan mungkin lebih bagus jika dicampurkan dengan buah-buahan berkhasiat tinggi seperti beri. Cuma kadang-kadang apabila campuran gula terlalu banyak, ia boleh mengurangkan larutan anti-oksida yang baik itu. Jadi jika anda mahu beli air teh berperisa, sila baca kandungannya dahulu. 


TEH CHAMOMILE (CHAMOMILE TEA) 

Berbeza dengan teh lain, “teh” ini sebenarnya bukan diambil daripada pokok Camellia Sinensis, sebaliknya ia menggunakan bunga dari pokok herba Chamomile. KELEBIHAN utama teh jenis ini ialah ia dapat mencegah penyakit yang disebabkan oleh diabetis seperti hilang penglihatan, kerosakan urat saraf dan kegagalan ginjal berfungsi. 

PERHATIAN PENTING 

Memang tidak dinafikan terdapat banyak sangat JENAMA teh (Lipton, Boh, etc) dan juga CAMPURAN teh (English, Vanilla, Strawberry) boleh didapati. TETAPI sebelum anda memilih untuk menikmatinya, pastikan bahan yang disenaraikan dibawah  ini ada sedikit sahaja atau lebih baik tiada langsung kerana menurut US Food & Drug Administration (FDA), bahan ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang teruk untuk badan jika diambil dengan kadar yang berlebihan: 

Comfrey, Ephedra, Lobelia, Willow Bark, Chaparral, Germander 

KEDUA, mungkin anda pernah dengar orang cakap bahawa jangan rendam teh terlalu lama lebih-lebih lagi dengan air yang terlalu panas. Jika anda berbuat demikian, kandungan Caffeine akan bertambah manakala kandungan anti-oksida akan berkurangan. Maka apa yang anda minum nanti kurang memberikan kesan baik kepada tubuh dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan. KETIGA, kurangkan manis dalam minuman tetapi tambahkan manis dalam senyuman. 
yellowcatch.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...