Khamis, 6 November 2014

Menarik - Jenis Orang Yang Bakal Jadi Jodoh Anda



Berdasarkan pemerhatian aku la, kebanyakan jodoh yang orang biasa dapat..biasanya datang daripada kategori kat bawah ni. Kalau tak percaya cuba baca.
 
1. Orang Yang Dibenci
Kalau masa kecik-kecik dulu korang pernah benci atau menyampah dengan someone..maklum la kecik-kecik dulu hingus memeleh lagi. Tapi bila dah besar cantik bergaya, orang yang korang benci tu jugak korang berkenan.
 

2. Kawan Sekolah Dulu
Yang ni ramai..habis SPM masing-masing lost contact. Jumpa pun masa buat reunion. Masa ni la boleh nak usha-usha balik..tu pun kalau ada yang masih single..hehehe. Kawan sekolah aku dulu ramai yang pasangan diorang dari sekolah yang sama. 
3. Kawan Masa Universiti
Aku nak habaq kat korang, kalau nak cari pasangan kat universiti tempat korang study sekarang ni memang terbaik. Dan biasanya hubungan korang akan kekal sampai korang kahwin. Lagi satu, susah bila korang dah kerja dan baru nak cari pasangan macam tuan punye blog ni..kekeke
4. Kawan Sekerja
Yang ni standard la..kahwin dengan rakan sekerja satu bumbung. Tak kiralah artis ke, doktor ke, cikgu ke..diorang kata mudah kahwin dengan orang yang kerja satu pejabat atau yang sama kerja dengan kerja kita..mudah nak faham tugas diorang kot.

5.Mak Ayah Cari
Kalau dalam kategori 4 jenis orang kat atas tu tak jumpa jugak, jodoh korang biasanya mak ayah akan cari. Mak ayah
kan dah lama makan garam..mesti dia cari yang terbaik. Kawan aku dapat isteri mak ayah dia cari. 
 nicknashram.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...