Ahad, 9 November 2014

Resepi - Apam Balik Rangup


Assalamualaikum. Kali ini  akan kongsikan resepi Apam Balik Rangup seperti yang dijual di pasar-pasar malam. Apam balik jenis ini sesuai dimakan ketika panas untuk menikmati kerangupannya.
 

Bahan-bahan:
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 ½ cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan2 tabur:
  • Gula Pasir
  • Jagung Krim
  • Kacang tanah - ditumbuk kasar
Cara-cara membuatnya:
1. Blend gula dan telur hingga kembang.
2. Masukkan air dan blend lagi.
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, blend hingga sebati.
4. Panaskan kuali ‘non stick’ atau sapukan planta sedikit jer pada acuan apam balik.
5. Tuang 1 senduk adunan tadi… nipiskan supaya rangup bila masak.
6. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim dan kacang dan tutup seketika.
7. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua


Pilihan : Untuk inti boleh juga gunakan bahan lain seperti peanut butter, jem, serbuk milo mengikut kreativiti dan cita rasa anda.
 resepicikruby.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...