Sebanyak
65 peratus pengguna di negara ini tidak mengetahui tentang wujudnya
tanda keselamatan ‘Malaysian Confirmity’ (MC) pada barangan permainan
kanak-kanak, demikian menurut kajian Persatuan Pengguna Standard
Malaysia (PPSM).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPSM Ratna Devi Nadarajan, pengguna
tidak menjadikan tanda keselamatan MC sebagai salah satu kriteria untuk
membeli peralatan mainan kepada anak-anak mereka.
“Malahan kebanyakan pengguna juga tidak tahu membezakan antara tanda
keselamatan yang asli dan yang tiruan,” katanya kepada pemberita di
pejabatnya di sini.
Beliau berkata tanda MC pada barangan permainan kanak-kanak telah
diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNKK) sejak 2010 dengan tujuan melindungi pengguna daripada
membeli barangan permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti
plumbum.
Ratna berkata sungguhpun pelbagai bentuk hebahan telah dilakukan oleh
pihak KPDNKK mengenai tanda itu, namun masih banyak pengguna yang masih
belum memahami tentang pentingnya tanda itu pada barangan permainan.
Sehubungan itu beliau berkata pihak berkuasa terutama KPDNKK perlu
meningkatkan pengawasan terhadap penjualan permainan kanak-kanak bagi
membanteras penjualan barangan mainan yang tidak selamat atau yang
menggunakan tanda MC palsu.
Katanya ini kerana tinjauan pihak persatuan itu mendapati terdapat
gerai dalam pusat membeli belah yang masih menjual barangan permainan
yang tidak mempunyai tanda keselamatan itu.
mummynemo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan