Isnin, 10 November 2014

Kenali Tumbuhan Karnivor Yang Mengagumkan

                  Ape korang tau tentang karnivor ?? Karnivor merujuk kepada haiwan pemangsa yang makan haiwan lain untuk terus hidup. Tau tak korang sebenarnye dalam dunia tumbuhan jugak tergolong dalam kumpulan karnivor. Memang ade. Tanaman karnivor nie kebanyakkan ditemui di tempat di mana tanahnye yang mengandungi nutrisi yang kurang. Ini menyebabkan tumbuhan terpaksa menangkap serangga dan arthropoda untuk menyerap nutrisinye. Kat sini Mr R listkan kat korang 10 tanaman karnivor yang paling unik kat dunia. Jom tengok..

Pertama : Dionaea Muscipula
Dionaea Muscipula atau lebih dikenali sebagai ‘Perangkap Lalat Venus’ mungkin merupakan tumbuhan karnivor yang paling terkenal dengan makanan utamanye ialah serangga dan araknida. Tumbuhan nie ialah tumbuhan kecil yang memiliki 4-7 helai daun yang tumbuh dari batang bawah tanah. Helaian daun nie mempunyai lubang yang mengandungi pigmen merah dan berlendir. Lubang nie akan tertutup dengan cepat jika bulu di dalamnye terangsang. Setelah mangsanye terperangkap dan tak dapat melarikan diri, tumbuhan nie akan menghasilkan ‘perut’ tertutup di mana pencernaan dan penyerapan akan berlaku di sini
Kedua : Aldrovanda Vesiculosa
Aldrovanda Vesiculosa jugak dikenali sebagai “Tumbuhan Kincir Angin’ adalah tumbuhan air tanpa akar. Tumbuhan nie biasanye akan makan verterbrata air yang kecil menggunakan perangkap kancing. Sebahagian besar tumbuhan nie terdiri daripada batang yang mampu mengembang sehinnga 6-11 cm panjang. Perangkap secara asasnye terdiri daripada dua lubang yang akan melipat untuk membuat perangkap.Perangkap nie memerlukan masa 10 milisaat untuk tertutup dan menjadikannye salah satu tumbuhan yang paling cepat pergerakkannye
Ketiga : Byblis
Byblis atau tumbuhan pelangi adalah tumbuhan karnivor kecil yang berasal dari Australia. Gelaran tumbuhan pelangi berasal dari penampilan menariknye jika dilihat dibawah sinar matahari.  Daunnye mempunyai penampang bulat dan cenderung untuk memanjang dan meruncing di hujungnye. Permukaan daun akan  mengeluarkan zat mucilaginous yang melekit untuk memerangkap serangga kecil
Keempat : Drosera
Drosera mudah ditemui di semua benua kecuali Antartika. Drosera dapat menunduk atau menegak dengan ketinggian dari 1 cm hingga 1 meter dan boleh hidup sehingga 50 tahun. Drosera mempunyai kelenjar sesungut yang bergerak dan ditutupi cairan lekit yang manis. Semasa serangga hinggap ke sesungut tersebut, tanaman nie dapat menggerakkan lebih banyak sesungutnye ke arah serangga untuk menangkapnye. Setelah ditangkap, kelenjar sessile kecil akan mencerna serangga tersebut dan menyerap nutrisi yang digunakan untuk pertumbuhannye
Kelima : Pinguicula
Pinguicula adalah tumbuhan karnivor yang menggunakan kelenjar daun yang melekit untuk memikat, memerangkap dan mencerna mangsa. Terdapat 80 spesis tumbuhan nie yang boleh didapati di sekitar Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Daun Pinguicula sangat berair dan biasanye berwarna hijau cerah ataupun merah muda
Keenam : Utricularia
Utricularia adalah tumbuhan karnivor yang mempunyai lebih 220 spesis. Tumbuhan nie selalunye dapat dijumpai di kawasan air tawar dan tanah lembab di semua benua kecuali Antartika. Sebahagian besar spesis nie memiliki perangkap yang sangat kecil dimana ia hanya mampu memerangkap mangsa bersaiz mikro seperti protozoa. Perangkap memiliki rambut-rambut kecil yang terlekat pada pintu perangkap. Apabila bulu-bulu nie dirangsang oleh pergerakan serangga, ia akan terus terbuka dan memerangkap mangsanye
Ketujuh : Darlingtonia California
Darlingtonia California jugak dikenali sebagai Lilly Cobra adalah tanaman yang berasal dari California Utara dan Oregon. Tumbuhan nie sangat jarang ditemui. Daunnye berbentuk bulat dan membentuk rongga dengan bukaan yang terletak di bawah struktur seperti belon dan dua daun runcing yang tergantung di hujung seperti taring. Setelah mangsa masuk perangkap, mangsa akan kebingungan dengan bintik besar bercahaya yang dihasilkan tanaman nie. Bulu-bulu halus di dalamnye akan menarik mangsa masuk ke oragan pencernaan
Kelapan : Genlisea
Genlisea jugak dikenali sebagai tumbuhan pembuka botol dan terdapat 21 spesis yang tumbuh di kawasan basah di seluruh Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Genlisea adalah tumbuhan kecil dengan bunga berwarna kuning yang menggunakan perangkap lobster ( perangkap yang mudah masuk tetapi tak mungkin keluar ). Dengan bantuan aliran air, tumbuhan nie mampu memerangkap mikroorgamisme kecil untuk diserap dan dicernakan
Kesembilan : Nepenthes
Nepenthes ataupun periuk kera merupakan tumbuhan tropika yang berbentuk kendi. Terdapat sekitar 130 spesis tumbuhan nie yang boleh ditemui di China, Malaysia, Indonesia, Filipina, Madagaskar, Seychelles, Australia dan India. Gelaran periuk kera berasal daripada fakta yang menceritakan bahawa monyet selalu minum air hujan yang bertakung dalam tumbuhan nie. Tumbuhan nie menghasilkan cecair yang digunakan untuk menenggelamkan dan mencerna serangga. Sebahagian besar tumbuhan kecil nie cenderung untuk memerangkap serangga je, tapi terdapat beberapa spesis yang lebih besar seperti Nepenthes Rafflesiana dan Nepenthes Rajah mampu memerangkap mamalia kecil seperti tikus
mrrizalpage.blogspot
Kesepuluh : Sarracenia
Sarracenia adalah tumbuhan karnivor yang berasal dari daerah Persisir Timur Amerika, Texas, Great Lakes dan Tenggara Kanada. Daun tumbuhan nie berbentuk corong dengan struktur seperti atap untuk mencegah air hujan mengganggu cecair pencernaannye. Serangga akan tertarik dengan warna dan bau nektar di ‘bibir’ tanaman nie. Daunnye yang licin dan daya tarikan nektar menyebabkan serangga terjatuh dan akan mati sebelum  dicerna oleh enzim protease dan enzim pencernaan yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...