Ehsan google |
Assalamaualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkanlah syukur atas
nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw. Saban hari kita mendengar rungutan perempuan
pelbagai pekara sama ada di kehidupan seharian mahupun di laman sosial.
Memang benar setiap manusia yang bernyawa mempunyai kelemahan yang
tersendiri begitu juga seorang perempuan mempunyai kelemahan
tersendiri.
Terutama
bagi perempuan muslim yang terikat dengan beberapa aturan dalam agama.
Dan itulah mengapa kaum feminis berkata susah menjadi wanita atau
perempuan, kerana melihat beberapa aturan ini:
1. Perempuan auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Perempuan perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Perempuan saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Perempuan menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Perempuan wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Perempuan kurang dalam beribadah karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk “memerdekakan hak perempuan.”
Tapi, lihatlah sebalik dari kelemahan itu. Dibalik kelemahan tersebut perempuan memiliki kekuatan yang teramat besar.
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan
dibiarkan terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang perempuan.
2.Perempuan perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu."
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
3. Perempuan menerima
warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara
apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/ wajib juga menggunakan
hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Perempuan perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh
segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini.
Dan tahukah jika ia meninggal dunia kerana melahirkan adalah syahid dan
surga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung- jawabkan
terhadap 4 prempuan, iaitu: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Artinya, bagi seorang perempuan tanggung
jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu: suaminya,
ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang Perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga
yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu: solat
5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga
kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi
perempuan jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya Allah, demikian sayangnya Allah pada perempuan. Namun, kelemahan
yang paling nyata bagi seorang perempuan itu adalah “perempuan selalu
lupa betapa berharga dirinya.”
Dirinya mahal tetapi di biarkan dirinya ............
Subhanallah,semoga
kamu mendapatkan ketenangan hidup yang hakiki, berjaya di dunia, dan di
akhirat masuk surga firdaus tanpa hisab bersama para Nabi dan Rasul.
Aamiin ya Allah
http://www.akupenghibur.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan