Rabu, 18 Februari 2015

Kuiz Kenali Personaliti Diri

Masyarakat jepun ada cara tersendiri untuk menguji personaliti seseorang. Selalunya mereka akan menilai melalui jawapan spontan seseorang berdasarkan soalan yang diberi.

Kuiz Kenali Personaliti Diri
Jom uji personaliti diri. Anda hanya perlu membaca lima soalan dan berikan jawapan spontan kepada setiap satu soalan yang diberi. Kemudian baru semak personaliti anda melalui jawapan yang dikongsikan.




Soalan 1 : Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta idaman. Jenis kereta apa yang akan anda beli?
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana
Soalan 2 : Katakan anda seorang penulis novel dan ingin menerbitkan karya terbaru. Rekaan untuk kulit novel yang anda akan pilih adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni
c) Potret anda
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya
Soalan 3 : Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian anda mengalihkan pandangan ke persekitaran (tanah tempat berpijak). Gambaran pertama yang anda terbayang ketika itu adalah:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar
Soalan 4 : Cara anda membaca majalah/surat khabar setiap hari:
a) Membaca mengikut urutan mukasurat
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan
Soalan 5 : Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba anda rasa ingin menegur seseorang yang turut berada di pameran yang sama.  Anda menghampiri orang tersebut. Perkataan pertama yang anda akan ucapkan adalah:
a) “Lukisan ini cantik.”
b) “Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?”
c) “Maaf, adakah saya menggangu?”
d) Kenalkan diri , “Sayalah pelukisnya.”
Sudah menjawab kesemua soalan? Jom semak jawapannya pula

Jawapan:
Soalan 1 : Cara anda memilih pasangan
a) Memilih mengikut naluri anda sendiri. Bagi anda, calon paling sesuai adalah boleh dipercayai serta menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu membuatkan anda sering kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih pasangan, anda akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan diri anda.
Soalan 2 : Menunjukkan personaliti diri anda
a) Individu yang sensitif dan prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala diragui oleh rakan-rakan anda dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka membuat orang lain tertawa tetapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.
Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Suka memperlihatkn bakat kepada umum. Namun harus diingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain.
Soalan 3 : Melambangkan kebolehan/kelebihan diri anda
a) Seorang yang sensitif terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit. Berfikiran tajam dan sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan mereka juga senang dengan diri anda.
c) Dianggap terlalu memahami orang lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja walau dalam apa juga keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai mengabaikan perasaan orang lain.
Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan
a) Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.
b) Seorang yang boros. Sikap itu menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak
.
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin kerana andaq memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan duit kerananya.
Soalan 5 : Reaksi bila bertemu orang baru
a) Suka berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya anda berasa bimbang jika orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Adakalanya anda mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan sia-sia kerana individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.
PERHATIAN: Harus diingat Kuiz Kenali Personaliti Diri ini sekadar untuk suka-suka. Jangan pula ada yang sentap kalau jawapannya nanti memberikan personaliti dari sisi yang negatif.
 http://cardova.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...