Selasa, 24 Februari 2015

5 Momen #Geramnye Yang Serius Buat Korang Sakit Hati

tumblr_mkqimsIvr61ruw1vso1_500
Dalam hidup ni tak semestinya semua perkara terjadi dan berlaku macam yang kita inginkan, betul tak? Kadang-kadang benda simple seperti tak jadi keluar dating dengan boyfriend sebab si dia terlajak tidur pun boleh buat kita angin satu badan.

Lagi sakit hati bila dah dua hari baru dia return call kita dan minta maaf. Like seriously, dude? Okay sabar, sabar. Ini adalah sebahagian situasi yang sering dialami oleh wanita. Tapi lelaki pun ada tahap geramnya juga. Jom tengok situasi apa yang biasanya membangkitkan ‘kegeraman’ kita dari skala satu hingga lima.




1. Bungkusan Makanan Lebih Besar Dari Isi

Cuba bayangkan situasi ni. Korang tengah lapar tahap boleh gaduh dan singgah di sebuah gerai makanan di tepi jalan sebab tertarik tengok iklan di bunting yang sangat menggoda. Lagi melampau apabila ada review yang kata korang dijamin kenyang sampai esok kerana hidangan ayam gorengnya yang banyak dan besar.
Walaupun pelanggan ramai, korang sanggup beratur nak dekat setengah jam sambil membayangkan rasanya yang sedap. Tapi bila sampai rumah, rasa teruja terus bertukar hiba bila bungkusan makanan yang besar tu tak sepadan dengan saiz ayam goreng yang korang dapat. Super duper #geramnye!

2. Kehabisan Data

Data insufficient
Tak ada apa yang lebih memalukan bagi seorang lelaki selain dipandang hina oleh wanita idamannya kerana dianggap sengkek. Okay, tak adalah sengkek mana tapi tak syok lah kalau kita dah excited nak bawa perempuan yang kita suka keluar tengok wayang pertama kali tapi tiba-tiba tak boleh masuk. Kenapa?
Sebab tak boleh nak tunjuk bukti pembelian secara online di dalam handphone akibat kehabisan data plan. Disebabkan korang tak berjaya meyakinkan abang wayang untuk membenarkan korang masuk, terpaksalah beli tiket lain di kaunter. #geramnye!

3. Beg Plastik Bukan Percuma!

Kadang-kadang kami kesian dengan juruwang di pasaraya-pasaraya besar mahupun tak berapa besar. Korang bayangkan eh, Malaysia dah lama mempraktikkan amalan tiada beg plastik diberikan kepada pelanggan pada setiap hari Sabtu kecuali atas permintaan dengan caj sebanyak RM0.20 sekeping.
Tapi masih ada lagi insan-insan ‘special’ yang tanpa segan silu bergaduh dengan cashier sebab mahukan beg plastik free. Dia tak peduli dengan apa alasan sekalipun, janji dia nak beg plastik juga tapi tak nak bayar walaupun sesen. Boleh macam tu? Kita yang beratur kat belakang rasa #geramnye! Memalukan sungguh.

4. Kredit Ditelan

justsaying 5
Korang baru sahaja tambah nilai RM30 semalam, bangun pagi tengok baki kredit tinggal RM10 je?! Tak call sesiapa, tak SMS sesiapa tapi macam mana kredit boleh hilang macam tu je? Dah lah nak beli pas internet pun tak sempat ni. Ish rupa-rupanya syarikat telekomunikasi dah telan kredit sebab terguna internet tanpa sedar. #geramnye!

5. Promosi Social Chat Yang Mengelirukan

godzilla_facepalm
Sebagai seorang remaja yang rasa korang kena up-to-date setiap masa, mesti tak senang duduk bila tengok promosi social chat percuma ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Percuma tu! Siapa tak nak, kan? Senanglah lepas ni nak update semua benda dalam laman sosial serta-merta.

So, tanpa berlengah korang pun terus mendaftar, tapi rupa-rupanya cuma aplikasi WhatsApp dan WeChat sahaja yang boleh digunakan. Kalau nak guna aplikasi lain kena bayar. #geramnye! 

#Geramnya, geramnya.. geramnya jika semua perkara di atas berlaku pada kita hari-hari kan? Tapi lebih geram kalau plan data atau kredit habis disaat yang amat memerlukan!
ohbulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...