Sabtu, 21 Februari 2015

Resepi Ketam Kam Heong Sedap & Mudah Ala Masakan Chinese Muslim

As Salam , semoga dalam keadaan yang tenang..yea
apa kate hujung minggu ni cuba resepi ketam kam heong yang senang la sangat... chef obie kalau teringin makan ketam,masakan kamheong ini menjadi pilihan, kalau pi kedai Pak Ya Chinese Muslim tu pun order benda yang sama... apa kate anda 
balik kerja hari ni pi singgah pasar beli ketam!
sabtu atau ahad ni boleh try masak ketam...
 
 

Bahan-bahan:

3- 4 ekor ketam - anggaran 1kg
6 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 1/2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari

3 tangkai daun kari
5 tangkai cili padi -  dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang dikisar
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

minyak masak


Cara Membuat:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati, masukkan 1/2 cawan air biar mereneh
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.masak hingga kuah pekat,jika anda suka garing tidak perlu letak air.
8. Hidangkan segera.
 chefgunawanmalaysia.blogspot

1 ulasan:


  1. Chinese dishes are already tens of years in the manufacture of a wide variety of Chinese
    suksestoto

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...