Selasa, 17 Februari 2015

Kisah Gula-gula


Kita selalu memikirkan bagaimana untuk menarik orang supaya rajin melakukan amal-ibadat kerana Allah ta'ala. Juga memikirkan bagaimana supaya orang dapat datang kemasjid untuk solat jema'ah kemudian duduk mendengar dalam majlis-majlis ilmu yang sering diadakan oleh pihak masjid.

Kita kena memujuk mereka. Dalam memujuk mereka kita tidak boleh tersalah bahasa lisan atau bahasa badan. Kita kena ikhtiar umpama melihat seorang budak yang sedang memegang mata pisau didalam tangannya. Jikalau kita terus mengambil pisau tersebut pasti tangan budak itu akan luka. Untuk tidak melukakan tangan budak itu kita kena berikan kepada dia gula-gula. Berikan gula-gula kepadanya supaya dia dapat ambil dengan tangannya dan pasti dia akan mengambilnya menggunakan tangan yang tidak memegang pisau sementara tangan yang satu lagi terus memegang pisau dengan mata pisau berada dalam gengaman.
 

Budak itu tidak akan terus memasukkan gula-gula itu kedalam mulutnya sebab dia masih nampak ada banyak lagi gula-gula yang ada dalam tangan kita. Untuk meneruskan usaha yang baik maka kita kena tambah lagi gula-gula kepadanya agar dia dapat terus menganbil lagi, dan tambah lagi dan tambah lagi sehingga tangannya penuh dengan gula-gula. 

Apabila tangan yang memegang gula-gula sudah penuh diwaktu itulah biudak itu akan melepaskan pisau tersebut untuk mengambil lagi gula-gula dengan menggunakan tangan yang baru melepaskan pisau.

Begitulah usaha yang harus dilakukan oleh kita semua untuk mengajak orang supaya datang ke masjid tanpa melukakan hati atau memecahklan hati mereka yang tidak mahu datang ke masjid itu. Usaha mesti diteruskan tanpa memecahkan hati mereka untuk mencapai iman. 

Memecahkan hati orang yang hendak mencari iman lebih berdosa dari memecahkan Ka'abah di Mekah al Muqaramah.

La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...