Khamis, 12 Februari 2015

Fakta Berkaitan Wanita Yang Jarang Diketahui Umum.

1. Setiap 90 saat, seorang wanita mati sewaktu mengandung atau bersalin.

Di seluruh dunia, seorang wanit amati setiap 90 saat, iaitu lebih daripada 350,000 wanita setiap tahun. Dilaporkan bahawa kematian ini dapat dibendung, namun akibat kekurangan pengetahuan maklumat secara umum serta kurangnya kemudahan asas menyebabkan ia terus berlaku.

Ini merupakan satu krisis yang bukan sahaja melanda negara-negara sukar, malahan negara-negara yang sedang membangun. Di US, ia dipanggil ‘Maternal Health Crisis’ dan kini mereka dalam usaha untuk meluluskan dan meimplementasi Maternal Health Accountability Act.

Fakta Berkaitan Wanita 



2. Bau bayi yang baru lahir memberi kesan dalam otak wanita sepertima mana seorang penagih dengan dadahnya

Hubungan ibu dan anak menjangkau pelbagai deria Istimewa untuk para ibu, bau bayi yang baru lahir adalah bagaikan seorang penagih sedang menikmati ketagihannya. Ini bersangkut-paut dengan naluri keibuan mereka.
 Mengikut kata Dr. Johannes Frasnelli dari Montreal University, bauan bayi yang baru lahir mengaktifkan bahagian neurologi yang turut memberi reaksi gembira untuk aktivit-aktiviti lain dimana reaksi diberikan apabila mendapat sesuatu yang diingini.Uniknya kesan neurologi ini adalah hanya makanan atau bahan tertentu sahaja yang mampu mengaktifkan bahagian tersebut.

3. Wanita menipu; tetapi lelaki menipu dua kali ganda berbanding wanita

Kajian menunjukkan secara purata, seorang lelaki akan menipu 6 kali dalam sehari, berbanding wanita iaitu 3 kali. Namun begitu, jangan beprasangka buruk, kerana penipuan yang paling kerap dikatakan adalah “Tidak ada apa-apa masalah, saya baik sahaja.”
80% mengatakan mereka boleh mengetahui apabila pasangan mereka menipu, namun mengikut pengkaji bahasa tubuh Richard Newman, kebanyakan sebenarnya tidak akan dapat menyedari signal-signal penipuan sedang dikatakan.

4. Serangan sakit jantung wanita berbeza dengan lelaki

Jantung wanita lebih kecil berbanding lelaki, iaitu sebanyak 226 gram berbanding 283 gram. Walau bagaimanapun, serangan jantung merupakan antara pembunuh utama wanita.
Memiliki janutng yang lebih kecil menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti serangan. Serangan jantung pada wanita biasanya mempunyai simptom seperti mual, sakit perut serta sakit bahu yang perit, bukannya seperti drama-drama dimana kesakitan terus berlaku di dada.

5. Wanita yang tinggi lebih cenderung untuk mendapat kanser

Seorang wanita yang telah mengalami menopaus mempunyai risiko mendapat kanser. Risiko ini menjadi lebih tinggi apabila wanita tersebut mempunyai ketinggian lebih daripada purata.
Mengikut kata Dr. Thomas E. Rohan, profesor bahagian epidemiologi dan kesihatan populasi di Albert Einstein College of Medical, Bronx, New York, terdapat perkaitan kuat antara ketinggian dengan risiko kanser. Antara jenis-jenis area kanser tersebut adalah, colorectum, colon, rectum, payu dara, endometrium, ovari, buah pinggang, tiroid, melanoma dan multiple myeloma.

Setiap pertambahan 10 sentimeter dalam ketinggian meningkatkan risiko sebanyak 13 %, mengikut hasil kajian analisa 144,701 wanita berumur 50 ke 79 tahun yang menyertai Women’s Health Initiative pada 1991.
Walaupun begitu, mereka yang tinggi tidak perlu terlalu khuatir. Kecendurangan ini masih kecil, malahan ketinggian juga mampu mebantu membendung masalah-masalah kesihatan lain.

6. Seorang wanita masih boleh mengandung 5 ke 8 hari selepas hubungan intim.

Sebelum terdapatnya ujian pengesahan DNA, pasangan mendapatkan kepastian anak yang dikandung dengan pengiraan umur berapa bulan atau hari bayi tersebut dan tarikh hubungan intim dilakukan. Malangnya, cara pengiraan ini sebenarnya tidak tidak dan boleh menimbulkan salah sangka.

Hal ini kerana seorang wanita masih boleh mengandung biarpun telah 5 atau 8 hari berlalunya hubungan intim dilakukan. Kajian menunjukkan sperma boleh hidup di bahagian mucus crypt serviks dan mampu bertahan sehingga telur disenyawakan selama 5 ke lapan hari.
 http://hafizamri.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...