Selasa, 10 Februari 2015

Resepi Wantan Goreng


Resepi Wantan Goreng
Bahan-Bahan :
Wantan - 1 bungkus
Air
Bawang putih - 3 ulas
Daging Cincang - 1 bungkus
Fish Ball - 10 biji (potong serong)
Lobak Merah - 1 batang (dipotong memanjang mcm batang mancis)
Timun Jepun - 1 batang (dipotong memanjang mcm batang mancis)
Sengkuang - 1 biji saiz kecil dipotong memanjang mcm batang mancis)
Kiub Ayam - 1 ketul
 
Cara-cara membuat inti :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
  • Masukkan daging cincang & fish ball, bila warna daging dah berubah tambahkan sedikit air dan kiub ayam.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang. Masak hingga empuk lobak merah dan sengkuang.
  • Akhir sekali masukkan timun jepun. Jangan biarkan timun jepun lembik, lepas masukkan timun jepun, masak ala kadar dan tutup api.
  • Sejukkan dulu sebelum membungkus.
 
Cara membuat wantan :
  • Sediakan kulit wantan dan  letakkan inti di tengah-tengah.
  • Letakkan sedikit air pada hujung kulit wantan.
  • Lipatkan wantan berbentuk segitiga.
  • Akhir sekali goreng dengan minyak yg panas.  

Nota : Boleh tukarkan isi daging dengan udang. Sedap makan panas2..krup krap rangup..cicah plak ngan sos cili lagi terangkat la...
 http://sedetikilham.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...