Selasa, 4 November 2014

Resepi Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum semua
Akak simpan resepi roti goreng rangup ni sudah agak lama...Salin di buku conteng2 je masa tu..Jumpa di dapur Mas Duniaku...Bila akak selongkar laci dan terjumpa semula resepi ni terus akak buat sebagai hidangan minum petang kami...Mekaseh Sue (empunya resepi)..
Roti Goreng Rangup
 
 

Bahan :
  • 8 keping roti
  • Serikaya / sardin - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara :
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...