Tahukah anda bahawa tangisan rutin bayi boleh di kenal pasti? Asasnya ialah, apabila bunyian di tambah kepada tindakan refleks badan, bunyi yang unik dan bersifat sejagat (universal) akan terhasil.
Perhatikan fenomena seperti sedu, menguap, sendawa, bersin atau batuk
dalam kalangan orang dewasa. Bukankah setiap fenomena tersebut hadir
dengan bunyi tersendiri dan bersifat universal? Semua manusia akan sedu,
menguap, sendawa, bersin dan batuk dengan bunyi yang serupa.
Perkara yang sama terjadi kepada bayi. Bayi tidak mampu bercakap.
Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada
tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi-bunyian
ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula
menangis.
Ada lima bunyi tangisan rutin yang dapat dikenal pasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language;
a) “Neh”- Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’.
b) “Heh”- Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu
panas atau sejuk, lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia
akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
c) “Owh”-Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (‘yawning reflex’).
d) “Eh”-Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
e) “Eairh”-Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
Mengetahui apa yang “dituturkan” bayi membolehkan anda memberi respon
yang tepat dan cepat, mengelakkan bayi memulakan tangisan menjerit dan
melalak. Dengan itu, anda kurang stres, seisi rumah lebih tenang dan
tidur anda lebih panjang!
Memahami bayi menyebut “Neh” dapat memastikan pencapaian berat badan
dan pembesaran bayi yang sihat kerana ibu tidak terlebih atau terkurang
menyusukan bayi. Ibu akan menyusukan setiap kali diminta bayi berbanding
mengagak-agak sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok
susu ibu dapat dielakkan bila penjaga bayi anda juga memahami percakapan
bayi.
Memahami sebutan “Eh” pula mengelakkan bayi disusukan dalam keadaan
angin masih belum dikeluarkan. Susu akan berada dia atas angin dan bayi
akan muntah selepas menyusu. Masa akan dibazirkan, baju akan dikotorkan,
bayi tidak kenyang dan tidak dapat tidur.
Lebih parah, jika angin yang tidak dikeluarkan itu turun ke bahagian
bawah perut dan mengakibatkan kembung perut. Sesiapa sahaja boleh
belajar apa jua bahasa di dunia ini bukan?
Tentunya bahasa bayi ini yang paling mudah! Menguasai sistem ini
semudah ABC. Kerap mendengar sampel-sampel bunyi d dalam DVD dan
membandingkan dengan bunyian yang dihasilkan bayi anda SEBELUM bayi mula
menangis adalah kuncinya! Bibik, suami, pengasuh dan sesiapa juga yang
penting dalam hidup bayi anda boleh mempelajarinya. Para ibu tidak akan
bersendirian lagi bila orang di sekeliling juga memahami bayi!
Uswatun Hasanah Bt Mohd Habib
National Trainer Baby Language Malaysia
The Happiest Baby Certified Educator
Facebook/Instragram : baby language
blushing83@yahoo.com.sgpama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan